
✍🏻 Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah. Ramai pelajar sangat mudah memahami perbezaan makna antara Rabb dan Ilaah, apabila mereka belajar Surah al-Nas, bertatih dari kalimah ke kalimah, dari ayat ke ayat.Ramai yang dapat memahami Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa al-Sifat dengan baik. Mereka berdakwah pula kepada orang yang percaya Allah sebagai Rabb itu supaya mereka meninggalkan syirik dan masuk Islam! ✍🏻Akibat tidak memahami perbezaan makna antara Rabb dengan Ilaah dalam surah al-Nas, maka timbul salah faham. Orang yang salah faham akan menyangka bahawa Tauhid Rububiyyah adalah satu konsep yang memasukkan orang kafir yang percaya kepada Rabb itu sebagai ahli tauhid yang sebenar, kerana pada fahamannya,...