Thursday, November 30, 2023

HASHTAGS, MULTI NIAT DAN AYAT-HADITH TEMATIK

 Assalamualaikum.


Orang zaman sekarang suka ‘hashtags’.


Mereka tahu apa makna penggunaan hashtags dalam media sosial tanpa perlu melihat kamus. Adakalanya penggunaannya berleluasa sampai boleh menimbulkan kekeliruan dan polemik pula!


Hashtags, Multi Niat & Ayat-Hadith Tematik

Namun kamus telah merakamkan maknanya, sama ada sebagai noun, ataupun sebagai verb.


Noun : “A word or phrase precede by the symbol # that classifies or categorizes the accompaniying text.”


Verb : “Add a hashtag to (digital content) to identify it as concerning a specific topic.”


Rupa-rupanya media sosial yang pelbagai menghadkan ataupun mencadangkan had jumlah penggunaan hashtags dalam platform mereka.


Hashtags mengingatkan kita tentang amalan dalam agama, dan juga ayat-ayat serta hadith-hadith tematik yang menganjurkannya. Jika hashtags perlu digunakan dengan betul, apatah lagi ayat dan hadith tematik, mesti digunakan dengan disiplin ilmu yang ketat, jika tidak, ia masuk dalam kategori salah ‘istidlal.’ Tiada had dalam ayat-hadith tematik, asalkan berdasarkan disiplin ilmu yang betul. Umpamanya bagi tema zikir, perlu ikut disiplin yang betul agar hasilnya kita berzikir dengan cara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, bukan zikir menari. 


Membaca satu post yang mengandungi hashtags hari ini membuatkan kita teringat kepada banyak perkara. Antaranya lagi ialah, apabila kita melakukan satu amalan, buatlah satu kebaikan itu  dengan multi niat, semuanya kerana Allah, dan dengan cara yang diajarkan oleh Mabi Muhammad saw sebagai utusan Alah, mudah-mudahan mendapat pahala berganda di sisi Allah. 


Balik kampung misalnya boleh dengan multi niat, iaitu hendak mematuhi perintah Allah supaya :


1. Berbakti kepada ibubapa

2. Menyambung silaturrahim

3. Berdoa dalam   permusafiran

4. Melihat ciptaan Allah dalam perjalanan

5. Menikmati keringanan kurniaan Allah dalam ibadah : qasar solat

6. Membantu orang Islam dalam perjalanan

7. Mengucapkan salam kepada yang dikenali ataupun tidak dikenali

8. Singgah di masjid ‘rumah Allah’ untuk solat berjemaah

9. Berkenal-kenalan sesama muslim : Al-Hujurat : 13 

10.Mengelakkan diri daripada perkara yang tidak perlu : Al-Furqan : 72

11. Segera istighfar dan bertaubat apabila melakukan kesalahan

12. Sepanjang perjalanan, kita cuba mempraktikkan titah perintah Allah dalam al-Quran, kerana akhlak nabi kita saw adalah al-Quran.

13. Sepanjang perjalanan, kita cuba mempraktikkan perintah dan saranan Nabi Muhammad saw dalam hadith-hadith yang thabit, kerana ia adalah jalan yang lurus.


Firman Allah swt :

وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا


Maksudnya :

“Dan jika kalian taat kepadanya, pasti kalian mendapat petunjuk.” 

(Al-Nur : 54)

 

# Al-‘Ankabut : 8

# Al-Hujurat : 13

# Al-Furqan 72

# Al-Zukhruf : 43

# Al-Fath : 2

# Saba’ : 6

# Yunus : 25

# Al-Nur : 31

# Al-Nur : 54

Khamis
16 Jumada al-Ula 1445H
30/11/23
9.01 pagi



0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons