Monday, July 20, 2020

BAHAYA BERFATWA TANPA ILMU YANG MENCUKUPI

Soalan :

Assalamualaikum wrt. wbt.

Mohon pencerahan tentang hadith ini, wujudkah dan jika wujud, apakah maksudnya?



Waalaikumussalam.

Jawapan Ringkas :

1. Hadith ini dinilai sebagai hasan li ghairihi oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib. Hadith ini berada di bawah Kitab Ilmu, Bab Ancaman Perbuatan Mendakwa Berilmu Tentang Agama dan al-Quran.

2. Hadith ini perlu dibawa dengan matan yang penuh dan bersama riwayat-riwayat yang seumpama dengannya supaya kita mendapat gambaran yang jelas akan maksud teks dalam konteksnya yang betul. 

Dalam hadith ini Nabi Muhammad s.a.w menceritakan tentang gambaran satu kelompok yang muncul pada akhir zaman. Mereka mengaku berilmu tentang al-Quran, malah mendabik dada bahawa merekalah yang paling pandai membaca al-Quran dan paling faham tentang agama. 

3. Bagi mengelakkan kita termasuk dalam golongan yang diancam ini, hendaklah kita belajar dengan niat yang ikhlas, dengan disiplin ilmu yang benar, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, meletakkan piawaian yang jelas dalam menentukan kebenaran dan kebatilan serta merendah diri terhadap kebenaran tersebut.

4. Intipati utama hadith tersebut ialah bahaya berfatwa tentang agama tanpa  ilmu.

5. Berikut adalah hadith penuh dan terjemahannya :


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons