Sunday, June 25, 2017

Nota 1 Syawwal Buat Keluarga Bahagia : Muslimah Membangunkan Ummah


๐Ÿ”ธ1. Sejarah para sahabiyyat dan sejarah Islam umumnya menunjukkan bahawa wanita muslimah berperanan besar dalam membangunkan ummah.

Bukan sahaja berada dalam tugas-tugas rumahtangga bersama suami dan anak.

Jutaan wanita muslimah dalam sejarah insan sudah terbukti berbakti dalam bidang perubatan, dakwah, pendidikan, pentadbiran, perniagaan dan selainnya. 

Berbakti dengan penuh adab sopan, menepati sunnatullah pada kejadian alam dan mematuhi syariat Allah yang ditentukan dalam mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan.

๐Ÿ”ธ2. Di sisi mereka, ada para suami gagah bertuah, berkongsi pahala kerana membantu dan memberi sokongan buat isteri mereka dalam membangunkan ummah. 

Titik bengik dan perkara kecil tetap kecil, selesaikan secara kecil, jangan diperbesarkan. Jangan persiakan jiwa dan bakat besar hanya kerana bisikan syaitan yang meragu-ragukan.  Ataupun kerana salah faham tentang kedudukan wanita, berpunca daripada hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah saw. 

Keluarga muslim berbahagia dalam  realiti, tidak derita kerana mengejar fantasi.

Saling membantu dalam urusan rumahtangga. 

Saling memelihara maruah, kehormatan diri dan kehormatan keluarga.

๐Ÿ”ธ3. Bangunkan diri dengan ilmu dan kefahaman Islam yang benar.   
Bangun perbaiki diri dengan amalan sahih ajaran Rasulullah saw. 

Bangunkan keluarga dengan komunikasi penuh rahmah kasih sayang, toleransi penuh kelembutan. Kerana seorang insan sedang berkomunikasi dengan jiwa insan lain yang seni, bukan dengan besi!

Sabda Rasulullah saw :

" ุฎَูŠْุฑُูƒُู…ْ ุฎَูŠْุฑُูƒُู…ْ ู„ِุฃَู‡ْู„ِู‡ِ ، ูˆَุฃَู†َุง ุฎَูŠْุฑُูƒُู…ْ ู„ِุฃَู‡ْู„ِูŠ "

"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah yang paling baik akhlaknya kepada isteri dan anak-anaknya. Dan aku adalah orang yang terbaik di kalangan kamu terhadap ahli keluargaku."
(Sunan al-Tirmidhi)

Rasulullah saw tidak pernah mengasari ataupun memukul isteri, dan juga khadam. Apatah lagi anak-anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa!

Bangunlah, jika lemah mengendalikan diri sendiri, mengendalikan keluarga, siapa yang akan bangunkan ummah ini ?

๐Ÿ”ธ4. Daripada individu muslim, dibina keluarga muslim. Daripada keluarga muslim, dibina masyarakat muslim. 

Individu dan keluarga yang bahagia   akan mampu membina masyarakat dan ummah. 

Kejayaan suami, kejayaan isteri dan kejayaan anak-anak, sambutlah dengan kesyukuran, sebagai penyeri kehidupan rumahtangga. 

Tiada istilah kejayaan individu bila kita sudah berkeluarga, kerana setiap ahli ada sumbangan tersendiri dalam membangunkan kejayaan ahli keluarga yang lain.

Anggota keluarga muslim seharusnya menghargai antara satu sama lain, terus cemerlang sebagai hamba Allah dan khalifah Allah yang memakmurkan bumi.

Bukan berundur dan mengalah, lalu kembali ke belakang!

Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan!

ูุงุณุชุจู‚ูˆุง ุงู„ุฎูŠุฑุงุช!

๐Ÿ”ธ5. Bersama-sama menunaikan sunat tarawih, solat wajib berjemaah, memelihara kesempurnaan puasa, berbuka dan bersahur, serta memohon keampunan dan rahmat...dapat merapatkan hubungan ahli keluarga.  

Semoga mujahadah sepanjang Ramadhan membawa kemenangan hakiki pada 1 Syawwal, serta membawa kebaikan berpanjangan buat individu dan  keluarga muslim.

Hari raya itu bukanlah bagi orang yang sekadar mengenakan baju baru, tetapi hari raya itu bagi orang-orang yang bertambah ketaatannya KEPADA ALLAH.

Hari raya bukanlah bagi orang yang sekadar berhias dengan baju cantik dan berkenderaan, tetapi hari raya adalah bagi orang-orang yang menang kerana DIAMPUNI DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU.

Semoga apa sahaja yang diusahakan di dunia, dapat dibawa pulang hasilnya ke akhirat sana.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„

ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ، ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ، ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ 
ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ، ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ 
ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ูˆู„ู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ

๐Ÿ–ŒAHAD
๐Ÿ–Œ1 Syawwal 1438 H

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons