Wednesday, October 02, 2024

BOLEHKAH MEYAKINI KHASIAT BISMILLAH 4, 5, 6, 7 dan 20?

 Soalan :


Assalamualaikum.


Bolehlah saya amalkan Bismillah 4, Bismillah 5, Bismillah 6, Bismillah 7 dan Bismillah 20? 


Bolehkah saya meyakini khasiat-khasiat yang dinyatakan diperolehi jika kita amalkannya? 


Contohnya, jika kita amalkan Bismillah 6, kita akan terpelihara daripada gangguan jin dan syaitan dan terpelihara tanaman daripada haiwan-haiwan?


Jawapan :


Bismillah.


🔴 Amalan dalam bentuk dan lafaz begini BUKAN bentuk dan lafaz yang diajar oleh Rasulullah saw. Malah ada yang lafaznya menggambarkan makna yang tidak sempurna.


Semua bentuk Bismillah dengan bilangan yang puan sebutkan itu TIADA dalam hadith yang thabit. 


Bagaimana mungkin boleh diletakkan khasiat-khasiat secara khusus begitu banyak?


Lebih mendukacitakan, ia dianjurkan dalam kitab  Syiah yang memang dimaklumi banyak hadith-hadith palsu. Bahkan memang ada riwayat PALSU yang menyebut tentang amalan dan kelebihan Bismillah 5, walaupun makna dalam Bismillah 5 ini sendiri tidak mengandungi unsur yang meragukan.




🔴 Oleh kerana itu, kita menganjurkan puan-puan bertukar kepada amalan doa dan zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadith-hadith yang thabit.


Telah dibincangkan berulangkali dalam kuliah-kuliah sebelum ini, kelebihan kita berdoa dan berzikir dengan lafaz yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.


Doa-doa daripada hadith yang sahih telah diedarkan dalam kuliah sebelum ini. Doa daripada hadith sahih jauh lebih baik, kerana ia datang daripada Nabi Muhammad saw. 


Antara yang telah kita edarkan dan pelajari bersama ialah doa jampi di tempat yang sakit dan doa mohon perlindungan Allah daripada mudarat di bumi dan mudarat di langit, yang dianjurkan dibaca 3X pagi dan 3X petang.




(Saya mohon pertolongan) dengan (menyebut) nama Allah yang

dengan namaNya tiada apapun dapat memberi mudarat

sama ada di bumi mahupun di langit

dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


In the nama of Allah Who

with His name nothing can cause harm

in the earth nor in the heavens

and He is the All-Hearing, the All-Knowing.


(Sunan Abi Daud)


Doa ini malahan kita dapati  dalam teks zikir pagi dan petang. Kedua-dua doa daripada hadith yang sahih ini juga dimulai dengan Bismillah. 


Kita sangat gembira dan merasa cukup memadai dengan apa yang Nabi Muhammd saw ajarkan kepada umatnya. Kita akan mempelajari doa-doa ini apabila kita mempelajari al-Quran dan hadith-hadith sahih berterusan dengan disiplin yang betul. 



اللهم انا نسألك علما نافعا


والله الموفق


0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons