Saturday, October 11, 2025

POLITIK DUNIA DAN NEGARA AKHIRAT

‘Kenegaraan’ - apapun jenisnya, tidak boleh mempengaruhi dan tidak boleh mengatasi ILMU, IMAN DAN AKIDAH. 

Ketika dokumen politik memberi cuti sempena ‘maulid’, dokumen ilmu wajib menjelaskan sejarah dan hadith palsu yang menjadi asasnya.

Ketika pentas politik menyamaratakan semua fahaman, quburiyyah, syiah, dan lain-lain, pentas ilmu wajib menerangkan kemurnian tauhid dan kesalahan berkaitan serta akibatnya di dunia dan akhirat.

Padah dan parah apabila dicampurkan keduanya dengan sebati. Yang benar akan larut mencair dalam kebatilan!

Hidup tidak kekal, negara manapun akan hancur akhirnya, kerana negara yang kekal hanyalah akhirat.

Benar kata hikmah yang disandarkan kepada Abdullah bin al-Mubarak :

الدنيا سجن المؤمن، وأعظم أعماله في السجن الصبر وكظم الغيظ، وليس للمؤمن في الدنيا دولة، وإنما دولته في الآخرة! 

DNH

19 Rabi’ alAkhir 1447H.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons