Friday, October 24, 2025

BENARKAH MINUM KOPI ITU SUNNAH?

 Soalan : 

Assalamualaikum. Benarkah Minum Kopi Itu Sunnah?


Jawapan :


Waalaikumussalam. 

🔴 Bagaimana mungkin boleh mendakwa minum itu kopi itu ‘SUNNAH’ sedangkan tiada hadith yang menyebutnya?

Kopi bukan minuman masyarakat Arab pada zaman Nabi Muhammad saw dan para sahabat, maka tiada hadith yang menyebut tentang kopi.

Hadith-hadith yang wujud adalah hadith-hadith palsu, iaitu hadith rekaan penjual kopi dan peminat kopi.


🔴 Adalah berbeza kita menyebut :


a. MINUM KOPI ADALAH HALAL 


dengan :


b. MINUM KOPI ADALAH SUNNAH


Kenyataan ‘b’ boleh masuk dalam kategori melakukan dosa besar sebab berbohong atas nama Nabi Muhammad saw.

اللهم إنا نسألك علما نافعا

📌PQH

🗓️ Jumaat 

2 Jumada al-Ula 1447H



0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons