Thursday, May 30, 2024

HUKUM MEMBUAT SERVIS AKAUN DI SYARIKAT MENJUAL ARAK DAN KHINZIR


Situasi : 


A bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat servis akaun. Jadi, banyak syarikat lain yang minta servis akaun di syarikat itu termasuk syarikat yang menjual dan menternak khinzir serta syarikat yang menjual arak.


Soalan : 

Apa hukum si A membuat akaun syarikat-syarikat yang mempunyai transaksi melibatkan khinzir dan arak? Bagaimana status gaji yang diperoleh oleh si A?



Jawapan Ringkas :


Boleh bekerja di syarikat itu dan halal gajinya secara umum, tetapi haram bagi A membuat servis akaun syarikat yang menternak dan menjual arak dan khinzir, kerana ia adalah perbuatan yang membantu dan menggalakkan perkara dosa yang dilarang dalam Islam.


Firman Allah s.w.t. :


وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

 {المائدة: 2}


Maksudnya : “And do not help each other in sin and transgression.”


Situasi A umpama pekerja bank konvensional yang mempunyai 2 produk - Islam & Konvensional. 


Haram bagi pekerja itu terlibat secara langsung dengan transaksi yang melibatkan riba.  


Jika dia melakukannya, dia berdosa dan upah yang diterimanya tidak halal.


والله الموفق

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons