Sunday, April 09, 2023

HASIL PUASA ADALAH TAQWA

 Assalamualaikum.


✍🏻 Taqwa. Hasil akhir puasa ialah taqwa.


Bermakna, setiap langkah sepanjang kita berpuasa, kita berada dalam medan latihan memelihara diri daripada kemurkaan Allah. 


Apabila masuk Syawal, orang berpuasa Ramadhan sepatutnya menjadi orang bertaqwa. Raya kelak dalam dan dengan taqwa.


Perkara paling penting kita pelihara diri ialah daripada kemurkaan Allah terhadap orang yang mensyirikkan Allah, sama ada syirik besar ataupun syirik kecil. 


Syirik besar umpamanya dakwaan dahsyat mengatakan Allah dan nabi itu satu (wahdatul wujud). 


Syirik kecil umpamanya riya’ dan sum’ah, tidak ikhlas beramal. 


Amalan siang dan amalan malam, usaha agar disembunyikan.


✍🏻 Tahan. Menahan lapar dan dahaga itu mudah. 


Yang susah ialah menahan lidah, ataupun zaman sekarang menjaga ‘jari yang berkata-kata.’ 


Puasa orang bertaqwa ialah puasa yang digambarkan dalam 2 hadith yang sahih. 


Pertama:


الصِّيَامُ جُنَّةٌ، وإذَا كانَ يَوْمُ صَوْمِ أحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولَا يَصْخَبْ، فإنْ سَابَّهُ أحَدٌ أوْ قَاتَلَهُ، فَلْيَقُلْإنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ.


Sabda Nabi Muhammad saw, maksudnya : “Puasa itu perisai. Pada hari kamu berpuasa, jangan bercakap kotor dan jangan bertengkar. Jika ada orang mencaci ataupun menyerang, sebutlah, ‘Saya ini orang yang berpuasa.’


Kedua :


مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ وَالْجَهْل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ 


Sabda Nabi Muhammad saw, maksudnya : “Siapa yang tidak tinggalkan kata-kata salah malah melakukannya, Allah tidak perlu kepada usahanya meninggalkan makan dan minum.”


Qawl al-zur, kata-kata salah maknanya semua perkataan salah seperti mengumpat, menyebarkan hadith palsu, twist fakta, menipu, memfitnah, bertengkar, bergosip, bersaksi palsu dan yang seangkatan dengannya. 


Semoga kita bukan orang yang hanya mendapat lapar dan dahaga semasa berpuasa tahun ini.


✍🏻 Doa harapan. Bakal muncul anak bulan Ramadhan. ‘Ramadhan Moon’ yang ditunggu-tunggu.


Mari kita berdoa dengan doa daripada hadith hasan, riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Hibban.


Doa setiapkali melihat anak bulan, setiapkali masuk bulan baru, termasuklah bulan Ramadhan.


اللهُ أَكْبَرُ، 

اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، 

وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، 

وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، 

رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ


“Allah Maha Besar. 


Ya Allah! Datangkanlah bulan sabit ini kepada kami dengan keamanan dan keimanan, 


… keselamatan dan Islam,


… serta taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senangi dan reda. 


Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”



Siri 1 Puasa 1444H

29 Syaaban 

PQHDNH 


﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons