Saturday, July 14, 2018

TITIPAN DOA : WUQUF DI ‘ARAFAH

🔴Soalan 

Assalamualaikum, ustazah.

Mohon dijelaskan doa yang patut dimohon semasa di Arafah.

🔴Jawapan Ringkas

Waalaikumussalam.

🔹 Mengerjakan haji adalah rukun Islam kelima, kewajipan yang mesti ditunaikan apabila mencukupi syarat dan kemampuan. Ibadah haji mempunyai banyak kelebihan dan falsafah di sebaliknya, dan setiap satunya mesti ditunaikan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. 

(Ada banyak kekeliruan yang berlaku dalam ibadah haji dan menjadi polemik apabila pulang ke tanah air. Antaranya seperti persoalan membasuh sideburn wanita, sehingga ada yang mendakwa tawaf tidak sah kerana wudhu’ tidak sah apabila seseorang wanita tidak membasuh rambut sideburn nya yang panjang! Ini tidak benar). 

🔹Banyak keistimewaan ibadah haji, dan keistimewaan ibadah itu tidak dapat diulangi lagi semasa beribadah di tempat kita, apabila kita kembali kelak. Mana mungkin kita hendak tawaf, sa’i, dan wuquf, kerana ia mesti dilakukan di tempat khusus yang telah ditentukan.

🔹Antara kelebihan dalam ibadah haji ialah Wuquf di ‘Arafah. Kelebihan ini disebutkan dalam hadith yang sahih riwayat ‘Aisyah ra  :
قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏:
"‏ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ ‏"‏‏.‏

Maksudnya : 
‘Aisyah ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw : “Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hambaNya dari api neraka, lebih banyak daripada hari Arafah. Dia mendekat lalu membanggakan mereka (yang dibebaskan daripada api neraka) kepada para malaikat...”
(Sahih Muslim, Kitab al-Hajj, Bab Fi Fadl al-Hajj wa al-Umrah wa Yawm 'Arafah)

Ini bermakna Hari Arafah sangat istimewa, lebih istimewa buat mereka yang sedang wuquf di sana. 

🔹Berdasarkan pengajaran utama daripada hadith ini, antara doa yang sangat penting dimohon ialah agar Allah swt melepaskan, membebaskan ataupun menyelamatkan diri kita daripada siksaan api neraka. 

Mengingati makna hadith tersebut pada masa wuquf nanti, gantungkan harapan sepenuhnya agar kita termasuk dalam golongan mereka yang dibanggakan oleh Allah swt kepada para malaikatNya pada hari tersebut.

KESIMPULAN DOA SEMASA WUQUF DI ARAFAH 

Berdasarkan hadith-hadith dan statusnya dan pandangan para ulama', disimpulkan saranan doa semasa wuquf di Arafah seperti berikut :

🔹1. Tiada ketetapan, tiada doa khusus daripada hadith yang sahih bagi doa semasa wuquf di Arafah. Himpunkan doa-doa terbaik untuk berdoa di sana, kerana hari itu hari terbaik, di tempat yang baik, hari itulah Allah bebaskan jumlah teramai sepanjang tahun, daripada api neraka.

🔹2. Banyakkan menyebut dan menghayati kalimah :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ،
 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya :
"Tiada Tuhan yang layak disembah dan dimohonkan pertolongan, melainkan Allah. Tiada sebarang sekutu bagiNya. Hanya miliknya segala kuasa, hanya milikNya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya."

Kategori pertama ini adalah zikir yang mengandungi doa tersirat, selain pujian dan pengagungan penuh kepada Allah swt, serta meletakkan setulus pengharapan kepadaNya, sebagai muqaddimah doa.

Demikian juga dengan kalimah ini :



 🔹3. Selawat Ibrahimiyyah

Jadikan selawat Ibrahimiyyah sebagai muqaddimah doa yang kedua selepas memuji dan mengagungkan Allah swt. 

Selawat adalah antara sebab mustajab doa, dan pastikan selawat itu adalah selawat yang datang daripada saranan Nabi Muhammad saw sendiri sebagai selawat yang terbaik.


Elakkan daripada selawat yang didakwa mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan, namun tidak ada hadith yang thabit menyatakan tentang kelebihan selawat-selawat tersebut.

🔹4. Doa Dalam Kategori Permintaan (السؤال)

Apa-apa sahaja doa yang ma’thur (daripada al-Quran ataupun al-Hadith) dalam bentuk permintaan memohon sesuatu, termasuk memohon keampunan, ataupun memohon syurga, sangat baik dan perlu kita mohonkan semasa di Arafah. 

Antaranya seperti doa berikut :




🔹5. Doa Dalam Kategori Memohon Perlindungan (التعوذ)

Apa-apa sahaja doa yang ma’thur dalam bentuk memohon perlindungan Allah daripada sesuatu, elok kita mohonkan semasa di Arafah. 

Antaranya seperti doa-doa berikut :






🔹6. Doa Sendiri Dalam Bahasa Sendiri

Selain 4 perkara di atas, selitkan juga dengan doa kita sendiri, tentunya ada. 

Doa di luar solat boleh diungkapkan dalam bahasa kita sendiri. 

Mohonlah apa sahaja kebaikan daripada Allah swt yang kita inginkan, dan mohon agar dilindungi daripada apa sahaja keburukan yang kita bimbangi. 

Doakan untuk diri kita dan juga ibubapa, ahli keluarga, sahabat handai kita, guru, pemimpin serta kaum muslimin dan muslimat.


🔴Mudah-mudahan diterima segala doa, seterusnya dikurniakan haji yang mabrur.

والله أعلم

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons