Monday, April 03, 2017

DUA SULUHAN BUAT MATAMU

DUA SULUHAN BUAT MATAMU

🌸 Mata boleh menipu. 


🌸 Mata boleh jadi kabur, boleh juga samar warna. Boleh jadi juga, mata  tetap nampak gelap walaupun di sekeliling kita cerah dengan suluhan cahaya.

🌸Orang mu'min tahu kemampuan matanya terhad. Maka dia beriman bahawa melihat dunia dan akhirat mesti dengan bantuan 2 suluhan penting, iaitu al-Quran dan al-Hadith. 

-Dalam akidahnya, dia mencari suluhan al-Quran dan al-Hadith. 

-Dalam ibadahnya, dia mencari suluhan al-Quran dan al-Hadith.

-Dalam urusan tazkiyah al-nafs, membersihkan jiwanya, dia tidak mencari suluhan lain, melainkan al-Quran dan al-Hadith.

🌸Mencari kehidupan akhirat, al-Quran dan al-Hadith menjadi penyuluh mata kepala dan juga mata hati.

🌸Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang beramal saleh. Begitulah  Allah swt mengajar manusia agar sentiasa hubungkan kehidupan dunia dengan akhirat. Sentiasa hubungkan mata kepala dengan mata hati. 

🌸 Nabi Muhammad saw, insan yang paling cerah mata hatinya, berpesan kepada para sahabat baginda,  jika kamu memohon syurga, mohonlah syurga Firdaus. 

🌸Semoga Allah memelihara mata kita, dan membimbing kita dengan bantuan mata kurniaanNya, mencari suluhan wahyuNya. 

اللهم عافني في بدني
اللهم عافني في سمعي
اللهم عافني في بصري  
لا إله الا انت

اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفقر
وأعوذ بك من عذاب القبر 
لا اله الا انت

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons