Assalamualaikum.
Para imam solat elok pelbagaikan bacaan dalam solat mereka, apatah lagi dalam bulan Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran. Lebihkan berbanding bulan-bulan lain.
Dalam banyak keadaan, makmum yang mengikut ada pelbagai latar belakang.
Ada yang hafal al-Quran, ada yang baru pandai Iqra’, ada yang baru menghafaz al-Fatihah, ada yang sudah hafaz 15 juzu’, ada yang sekadar menikmati irama dan ada yang faham makna, malah mengayati makna bacaan imam. Jika imam sendiri tidak menghayati bacaan, seolah-olah dirasakan akan kekurangannya.
Hikmah disyariatkan bacaan jahar pada solat tertentu, ialah : ketika itu makmum tidak terlalu sibuk dengan urusan harian, lalu boleh memberi perhatian kepada bacaan imam, seolah2 bacaan imam adalah bacaan mereka sendiri. Bacaan jahar membolehkan makmum merenungi dan berfikir tentang mesej ayat-ayat itu, seperti mereka membacanya sendiri.
Hikmah ini dinyatakan dengan indah dalam kitab Badaa’i’ al-Sanaa’i’ di Tartib al-Syaraa’i’(‘Alau al-Din al-Kaasaani 587H).
# Puasa & Solat
# لعلكم تتقون
11 Ramadhan 1447 H

Sunday, March 01, 2026

0 comments:
Post a Comment