Bolehkah menerima harta yang diwariskan oleh kafir zimmi?
- Saya saudara baru dan merupakan anak tunggal dalam keluarga. Ibubapa saya sangat menganmbil berat tentang kami dan juga anak angkat kami. Bapa saya tidak memeluk Islam dan telah meninggal dunia, meninggalkan harta untuk saya sebagai anak tunggal dalam keluarga. Adakah saya boleh mewarisinya?
- Saya bekerja dengan majikan bukan Islam selama 20 tahun. Majikan selalu mengambil berat tentang saya malah semua keluarga terdekat. Nasihatnya dalam kehidupan dan juga pelajaran kepada anak-anak saya seperti dia nasihatkan kepada anak-anaknya, walaupun dia bukan Islam. Dia pernah menyatakan ada hadrat untuk memeluk Islam tetapi terhalang oleh keluarga terdekat. Apabila dia meninggal dunia, dia mewasiatkan sebahagian hartanya kepada saya. Saya telah pun dihubungi oleh keluarga dan peguamnya. Bolehkah saya menerimanya?
Jawapan RINGKAS.
Jumhur ulama’ mengatakan tidak boleh kerana hadirh yang jelas melarang.
Ada sebahagian ulama’ yang mengatakan boleh, berdasarkan hadith yang sama, dengan 2 syarat utama yang tidak boleh dilanggar iaitu :
- Kafir itu tidak boleh mewarsi harta orang Islam, tetapi orang Islam boleh menerima tinggalan hartanya.
- Kafir itu ialah kafir yang tidak memusuhi ataupun benci kepada agama Islam dan tidak memusuhi atau benci kepada orang Islam. (Ini penting supaya orang Islam tidak terperangkap ataupun tertipu dengan usaha dan niat yang tidak baik, serta memelihara diri daripada larangan Allah s.w.t.
Huraian akan ditambah tulis apabila ada kesempatan nanti, in syaa Allah.
Maka :
a. Jika majikan puan memenuhi syarat di atas
b. Majikan puan menyatakan dalam wasiatnya untuk memperuntukkan sejumlah hartanya kepada puan
c. jika puan tidak mengambilnya akan menimbulkan masalah lain umpamanya harta akan tersekat di institusi tertentu,
.. kita nasihatkan agar puan mengambil ataupun menerimanya.
Puan boleh bersedekah dengan harta itu untuk keperluan ummah sejagat jika puan berasa ragu ataupun berasa cenderung kepada pandangan jumhur.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
ุงูููู ูุง ู ุงูุน ูู ุง ุฃุนุทูุช
ููุง ู ุนุทู ูู ุง ู ูุนุช
ุงูููู ุงูููู ุจุญูุงูู ุนู ุญุฑุงู ู
ูุฃุบููู ุจูุถูู ุนู ู ุณูุงู
0 comments:
Post a Comment