Thursday, December 12, 2024

KEWAJIPAN ANAK MENJAGA IBUBAPA YANG SUDAH BERUSIA

 Soalan

Assalamualaikum, ustazah.


Siapakah yang patut menjaga ibubapa apabila mereka sudah tua dan memerlukan penjagaan?


Anak lelaki ataupun anak perempuan?


Jawapan :

Menjaga kedua ibubapa adalah tanggungjawab semua anak, baik lelaki mahupun perempuan.

Sama sahaja seperti amalan soleh lain. Solat, puasa, bersedekah, membantu orang susah dan menolong orang teraniaya.

Buat sedaya upaya, buat semampu mungkin.

Firman Allah swt :

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ )
"Peliharalah diri kamu daripada kemurkaan Allah (dengan melaksanakan perintahNya) sedaya upaya kamu.”

Menjaga kedua ibubapa adalah kewajipan setiap orang bergelar anak, dan perlu saling bekerjasama dan saling berbincang untuk memastikan kebajikan ibubapa tetap terjaga sehingga akhir hayat mereka. Jika perlu pihak lain merawat dan memantau kebajikan ibubapa, anak-anak perlulah saling bekerjasama dalam melaksanakannya.

Anak perempuan jika sudah bersuami, suami tidak berhak untuk menghalang isterinya berbuat baik kepada ibubapa, menghalang isterinya untuk menziarahi ibubapa ataupun menjaga ibubapa jika diperlukan. Suami tidak menanggung ibubapa isteri, namun memberi ruang kepada isteri menjaga ibubapa adalah amalan soleh yang diganjari pahala yang besar.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons