Assalamualaikum.
Apabila kita menyatakan penghargaan kepada seseorang, ucapan terbaik dan paling lengkap ialah dengan MENGUCAPKAN :
جزاك الله خيرا
🔴Ucapan ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad saw :
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ : جَزَاكَ الله خَيْرًا ، فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ)
Sabda Nabi Muhamad saw :
"Sesiapa yang dibuatkan kebaikan kepadanya oleh seseorang, lalu dia doakan kepada pembuat kebaikan itu dengan menyebut :
جَزَاكَ الله خَيْرًا
(Semoga Allah mengganjari kamu dengan kebaikan.)
Maka ertinya dia telah menyampaikan penghargaan tertinggi (betul-betul menghargai) ."
-Sunan al-Tirmizi-
🔴 Maksud penghargaan tertinggi ialah kerana dia mengetahui keterbatasannya untuk membalas kebaikan yang diberikan itu, lalu mendoakan agar Allah membalas orang yang melakukannya dengan balasan yang paling baik.
🔴 'Ka' adalah ganti nama 'kamu' lelaki.
Manakala 'Ki' adalah ganti nama 'kamu' perempuan.
Maka, berterima kasih yang tidak terhingga kepada lelaki kita sebut ;
جَزَاكَ الله خَيْرًا
Dengan rumi ditulis :
Jazakallahu khaira.
Manakala untuk perempuan kita sebut ;
جَزَاكِ الله خَيْرًا
Dengan rumi ditulis :
Jazakillahu khaira.
🔴 Bagi mengucapkan hal yang sama kepada ramai orang, termasuk lelaki dan perempuan, kita sebut ;
جَزَاكُمُ الله خَيْرًا
Dengan rumi ditulis :
Jazakumullahu khaira.
🔴 Doa dalam hadith ini bermaksud : “Semoga Allah mengganjari kamu/kalian dengan kebaikan."
@
“Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu/kepada kalian.”
🔴 Berdasarkan hadith ini, adalah tidak lengkap jika kita mengatakan Jazakallah / جَزَاكَ اللَّهُ sahaja.
0 comments:
Post a Comment