
Soalan :Adakah saya akan mendapat pahala jika saya membuat majlis maulid di rumah?Jawapan :Soalan ini tampak remeh dan kecil namun sebenarnya ia mengundang kontroversi bagi sesetengah orang. Salah faham dalam persoalan ini sangat besar, sehinggakan ada orang Melayu membawa bunga telur dan telur-telur yang sudah direbus dari Malaysia, semata-mata kerana hendak menyambut maulid di Tanah Suci!Ramai sebenarnya tidak jelas tentang asal-usul maulid malah tidak tahu apa makna perkataan maulid itu.🔴A. Tiada Amalan Sambut Hari JadiMenyambut maulid maksudnya menyambut hari jadi.Tidak pernah disyariatkan menyambut hari jadi Nabi Muhammad saw. Tiada perintah Allah swt menyuruh menyambut hari jadi Nabi Muhammad saw. Tiada perintah Nabi Muhammad...