Thursday, August 29, 2024

Ucapan Terima Kasih Tidak Terhingga

 Assalamualaikum.


MENGUCAPKAN = 

‎جزاك الله خيرا


🔴Ucapan ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad saw :


‎عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ : جَزَاكَ الله خَيْرًا ، فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ)


Sabda Nabi Muhamad saw :

"Sesiapa yang dibuatkan kebaikan kepadanya oleh seseorang, lalu dia doakan kepada pembuat kebaikan itu dengan menyebut :

‎جَزَاكَ الله خَيْرًا 

Maka ertinya dia telah menyampaikan penghargaan tertinggi (betul-betul menghargai) ."

-Sunan al-Tirmizi-


🔴 Maksud penghargaan tertinggi ialah kerana dia mengetahui keterbatasannya untuk membalas kebaikan yang diberikan itu, lalu mendoakan agar Allah membalas orang yang melakukannya dengan balasan yang paling baik. 


🔴 'Ka' adalah ganti nama 'kamu' lelaki. 


Manakala 'Ki' adalah ganti nama 'kamu' perempuan.


Maka, berterima kasih yang tidak terhingga kepada lelaki kita sebut ;

‎جَزَاكَ الله خَيْرًا

Dengan rumi ditulis :

Jazakallahu khaira.


Manakala untuk perempuan kita sebut ;

‎جَزَاكِ الله خَيْرًا

Dengan rumi ditulis :

Jazakillahu khaira.


Bagi mengucapkan hal yang sama kepada ramai orang, termasuk lelaki dan perempuan, kita sebut ;


‎جَزَاكُمُ الله خَيْرًا

Dengan rumi ditulis :

Jazakumullahu khaira.


Doa dalam hadith ini bermaksud : “Semoga Allah membalas kepadamu/kepada kalian dengan kebaikan."

@

“Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu/kepada kalian.”


🔴 Berdasarkan  hadith ini, adalah tidak lengkap jika kita mengatakan Jazakallah / جَزَاكَ اللَّهُ   sahaja.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons