Assalamualaikum.📌Semua riwayat dan hadith-hadith tentang sambutan dan kelebihan mawlid adalah HADITH PALSU. Kita mengulanginya setiap tahun sama ada disukai orang ataupun tidak.📌Tadabbur al-Quran setiap hari dan mempelajari hadith-hadith tinggalan baginda saw jauh utama dan penting berbanding menyambut mawlid yang tidak disyariatkan. Tidak perlu mengadakan majlis mawlid untuk menghidupkan majlis ilmu, kerana majlis ilmu zaman para sahabat dan tabi’in berlangsung berterusan tanpa majlis demikian. Majlis ilmu yang sahih subur dan menyuburkan iman dan taqwa dalam jiwa jutaan manusia di seluruh dunia, tanpa perlu kepada majlis mawlid.📌Agama kita yang sumbernya wahyu ada cara tersendiri untuk menyatakan kecintaan terhadap rasul. Tidak perlu mengikut budaya dan agama lain yang sudah bercampur...