Assalamualaikum.🔴Soalan : Adakah terdapat amalan khusus yang perlu dilakukan sempena Nisfu Syaaban?Benarkah Nabi Muhammad saw menganjurkan kita menyambut Nisfu Syaaban, qiyamullail pada malamnya, dan berpuasa pada siangnya? Mohon pencerahan. 🔴Jawapan :🔸1. TIADA amalan khusus yang disyariatkan sempena Nisfu Syaabana. Puasa dan QiyamullailHadith-hadith yang disebarkan bahawa Nabi saw menyuruh qiyamullail pada malam nisfu Syaaban dan puasa pada siangnya adalah hadith PALSU, ataupun SANGAT DAIF.Jadi, para ulama' TIDAK memasukkan puasa sempena nisfu Syaaban ke dalam senarai puasa-puasa sunat. b. Membaca Yasin 3 kaliTidak disyariatkan membaca Yasin 3 kali pada Malam Nisfu SyaabanBagi mereka yang belajar Fiqh Ibadat lengkap dengan dalil al-Quran dan al-Hadith, mereka...