Monday, June 25, 2018

MAJLIS KHATAM : ANTARA KEPERLUAN DAN KEUTAMAAN

SOALAN :

Assalamualaikum.

Bolehkah diadakan majlis khatam al-Quran?

JAWAPAN RINGKAS 

Waalaikumussalam.

Sebenarnya, membaca al-Quran dan mengambil pengajaran daripada al-Quran tidak akan tamat sehingga akhir hayat kita.



Dari sudut mengetengahkan kepada masyarakat, berdasarkan pengalaman kita, ada banyak majlis ilmu yang perlu didahulukan berbanding Majlis Khatam, kerana majlis ini sering disalah fahami dan dibuat dengan cara yang salah.

Masyarakat dahulu menganggap khatam al-Quran adalah segala-galanya, apabila al-Quran hanya dibaca tanpa dipelajari isi kandungannya. Apabila tamat membaca al-Quran, dibuatkan majlis khatam, kemudian al-Quran sesudah itu disimpan, tidak lagi dipelajari lanjut akan kandungan dan tuntutannya.

Ada majlis yang dipanggil majlis khatam, tetapi hakikatnya tidak khatam seperti yang sepatutnya, apabila dipanggil 30 orang misalnya dalam satu majlis, kemudian diminta setiap orang membaca satu juzu’ yang berbeza. Tamatnya setiap orang membaca satu juzu’ itu mereka anggap khatamlah al-Quran pada majlis tersebut. Ini satu bentuk salah faham tentang khatam serta tidak mesra ilmu al-Quran.

Perbincangan akan dilanjutkan. Sebelum itu, diharapkan puan dapat jelaskan terlebih dahulu :
  1. Bentuk majlis yang ingin diadakan
  2. Apakah tujuannya
  3. Apakah faedahnya
  4. Apakah acaranya
  5. Apakah bacaan yang dibaca pada majlis khatam itu
  6. Siapakah yang menghadirinya
  7. Apakah harapan yang diletakkan pada majlis itu.


Bersambung. 

Kemaskini :



Komentar :


Majlis ini, jika benar hanya ini niat, nama dan cara pelaksanaannya, ia tentu majlis yang baik, jauh lebih baik daripada apa yang dinamakan Majlis Tahlil, Majlis Hari Jadi ataupun Majlis Hari Raya Aidilfitri sepanjang Syawwal (kerana hari raya Aidilfitri dalam syariat sebenarnya hanya sehari).

In syaa Allah akan disambung lagi  perbincangan tentang persoalan khatam ini.  Banyak lagi perkara yang boleh disentuh dan diambil pengajaran daripada konsep khatam sebenar, berdasarkan hadith-hadith yang sahih dan ulasan para ulama’ mu’tabar.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons