Habib, sayyid، mawla dan sebagainya adalah gelaran, yang belum tentu benarnya mereka itu keturunan nabi saw. Kita perlu semak banyak perkara sebelum membuat keputusan. Ringkasnya, sepanjang sejarah, atas nama yang pelbagai, terlalu ramai orang yang mengaku sebagai ahli keluarga nabi saw. Kita boleh bahagikan mereka yang ada gelaran sebegini kepada 3 golongan :1. Gelaran palsu. Setelah disemak, salasilah keluarga mereka sebenarnya tidak sampai pun kepada nabi saw. 2. Mereka memang keturunan Rasulullah saw, tetapi banyak menyelewengkan ajaran nabi saw, sama ada dengan sengaja ataupun tidak. 3. Mereka memang berketurunan nabi saw, dan mereka memperjuangkan ketulenan ajaran nabi saw. Golongan yang perlu kita ikuti dan sayangi ialah golongan ketiga. Golongan ketiga...