Assalamualaikum.Antara persediaan yang perlu sebelum menunaikan haji ialah persediaan niat yang betul dan ilmu yang sahih.Haji adalah amalan yang memerlukan pergerakan besar-besaran dari tempat ke tempat, menuntut mujahadah dan berpanas lelah. Segala titik peluh, wang ringgit, sengkang mata dan mengah nafas akan sia-sia seperti debu yang berterbangan sahaja jika niat bukan ikhlas kerana Allah. Selawat dan salam yang kita ucapkan kepada Nabi Muhammad saw akan disampaikan terus oleh malaikat, tanpa perlu kita kirimkan kepada orang yang akan menziarahi kubur Nabi Muhammad saw di Madinah.Salah faham tentang wahabi boleh menjejaskan ibadah. Bagaimana mungkin orang yang menuduh para imam Masjidil Haram sebagai wahabi boleh menunaikan solat dengan khusyu’ dan tenang dalam setiap solat...