
Assalamualaikum.Bolehkah saya dapatkan pencerahan ustazah tentang ayat ini dan fadilat yg diberitahu dalam audio?Fadhilat yang dikatakan ialah sekiranya berlaku kesilapan dalam bacaan al-quran, maka bacaan yang silap itu akan diperbetulkan oleh malaikat. Hanya bacaan yang betul sahaja di hantar kepada Allah.JAWAPANوعليكم السلام ورحمة الله🔴ALLAH MEMELIHARA AL-QURAN DARIPADA KESILAPANAyat 9 Surah al-Hijr ini menegaskan bahawa Allah s.w.t. yang menurunkan al-Quran dan Allah-lah yang memelihara al-Quran itu daripada sebarang kesilapan. Oleh itu, al-Quran tidak boleh diubah, ditambah ataupun dikurangkan oleh sesiapa, sampai bila-bila. Malah Allah s.w.t. juga memelihara penjelas kepada al-Quran...