
قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرً۬ا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٍ۬ مَّعِينِۭ سورة الملك- ٣٠
Bulan puasa kita selalu rindukan air. Apatah lagi jika yang berpuasa itu ibu yang mengandung, ataupun ibu yang menyusukan anak. Satu kilogram berat badan akan berkurangan dalam bulan puasa kerana kita kekurangan air.
Sepanjang kita bertadarus al-Quran dalam bulan Ramadan, ataupun menghayati bacaan imam semasa sembahyang tarawih, kita akan selalu 'berjumpa' dengan unsur air yang Tuhan sebut dalam al-Quran. Paling banyak kita ketemu janji Tuhan tentang syurga dan sungai yang mengalir, antaranya dalam ayat 25 surah al-Baqarah, "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan...