Saturday, July 14, 2018

TITIPAN DOA : WUQUF DI ‘ARAFAH

๐Ÿ”ดSoalan 

Assalamualaikum, ustazah.

Mohon dijelaskan doa yang patut dimohon semasa di Arafah.

๐Ÿ”ดJawapan Ringkas

Waalaikumussalam.

๐Ÿ”น Mengerjakan haji adalah rukun Islam kelima, kewajipan yang mesti ditunaikan apabila mencukupi syarat dan kemampuan. Ibadah haji mempunyai banyak kelebihan dan falsafah di sebaliknya, dan setiap satunya mesti ditunaikan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. 

Friday, July 13, 2018

APAKAH STATUS HADITH MAYAT BERTUKAR KHINZIR?

๐Ÿ”ดSOALAN 

Assalamualaikum. 


Mohon penjelasan ustazah, adakah hadith kisah mayat bertukar menjadi babi kerana meninggalkan solat itu hadith yang sahih?

Terima kasih.

Thursday, July 12, 2018

CATATAN PENGALAMAN : MAJLIS ILMU


๐Ÿ”ด Majlis ilmu biasanya kurang diminati, sekiranya tidak disampaikan oleh selebriti, ataupun jika tidak ada isu-isu sensasi, seperti isu perbalahan politik. 

Majlis ilmu juga seringkali disaingi oleh majlis dan acara lain di sana sini. Dirasakan kurang penting kerana ramai yang mendakwa bahawa ‘maklumat’ dan 'rakaman' boleh didapati di mana-mana sahaja!

Sunday, July 01, 2018

SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT DAN CARA MENUNAIKANNYA

๐Ÿ”ด SOALAN : 

BAGAIMANAKAH CARANYA KITA HENDAK SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT?

๐Ÿ”ดJAWAPAN :

A. Solat Rawฤtib Muakkadah

๐Ÿ”ธSolat sunat sebelum dan selepas solat fardhu dinamakan sebagai solat sunat rawฤtib. Solat sunat rawฤtib ada yang muakkadah, dan ada yang ghayr muakkadah.  

Sunat muakkadah bermakna Nabi Muhammad saw selalu melaziminya.

Monday, June 25, 2018

MAJLIS KHATAM : ANTARA KEPERLUAN DAN KEUTAMAAN

SOALAN :

Assalamualaikum.

Bolehkah diadakan majlis khatam al-Quran?

JAWAPAN RINGKAS 

Waalaikumussalam.

Sebenarnya, membaca al-Quran dan mengambil pengajaran daripada al-Quran tidak akan tamat sehingga akhir hayat kita.



Wednesday, June 20, 2018

PUASA GANTI RAMADHAN DAN PUASA 6 SYAWWAL

๐Ÿ”ด SOALAN

  1. Bolehkah kita berpuasa ganti (untuk bulan Ramadhan) sambil kita niatkan untuk puasa 6 hari di bulan Syawwal sekaligus? Maknanya, malamnya kita niat bahawa esok kita hendak puasa ganti dan puasa sunat dalam bulan Syawwal sekaligus?
  2. Bolehkah kita berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawwal terlebih dahulu, kemudian apabila habis puasa sunat 6 hari di bulan Syawwal, barulah kita berpuasa ganti yang masih belum disempurnakan. (Ketika itu mungkin Syawwal sudah pun berlalu).

๐Ÿ”ด JAWAPAN RINGKAS


๐Ÿ”ถ1. NIAT QADHA’ SAHAJA ADALAH LEBIH TEPAT

Friday, June 01, 2018

ADAKAH WANITA MENDAPAT KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH APABILA SOLAT DI MASJID?

๐Ÿ”ด Soalan

Assalamualaikum.

Mohon pencerahan ustazah tentang kelebihan wanita ke masjid. Adakah wanita akan mendapat kelebihan seperti lelaki, ataupun kelebihannya tidak akan diperolehi oleh wanita, walaupun dia ke masjid?

๐Ÿ”ด Jawapan



Waalaikumussalam.

Ulama’ berbeza pandangan dalam soal ini.

Monday, May 21, 2018

GANDAAN PAHALA DALAM RAMADHAN

๐Ÿ”ดSOALAN :

Assalamualaikum Ustazah,

Benarkah dalam bulan Ramadhan, pahala amalan sunat digandakan menjadi pahala amalan wajib?

Ramai penceramah menyebutkan tentang gandaan ini sempena Ramadhan kali ini. 

Mohon pencerahan.


๐Ÿ”ดJAWAPAN :

Waalaikumussalam.


๐Ÿ”ด Ramadhan adalah bulan yang mulia dalam Islam. Al-Quran mula diturunkan dalam bulan Ramadhan iaitu ayat 1-5 Surah al-'Alaq. Menurut Safiy al-Al-Rahman al-Mubarakfuri dalam al-Rahiq al-Makhtum, peristiwa penurunan wahyu pertama di Gua Hira' jatuh kepada 21 Ramadhan.

๐Ÿ”ด Secara umumnya, terdapat 2 jenis gandaan pahala. 

Pertama gandaan dari sudut bilangan. 
Kedua, gandaan dari sudut besarnya pahala.

๐Ÿ”ด Dalam bulan Ramadhan, ada amalan yang digandakan dalam bentuk bilangan, dan ada yang digandakan dari sudut besarnya pahala kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadhan.

Amalan yang digandakan dari sudut bilangan dinyatakan dengan jelas bagi masa tertentu dan amalan yang tertentu, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

Malam lailatul qadar yang ada pada mana-mana satu dalam 10 terakhir Ramadhan, istimewa kerana apa sahaja ibadah yang dilakukan pada malam tersebut adalah lebih baik daripada seribu bulan. 


Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan diganjarkan pahala seperti mengerjakan haji bersama Nabi Muhammad s.a.w. Ini dinyatakan dalam hadith yang sahih :

ุนُู…ْุฑَุฉ ูِูŠ ุฑَู…َุถَุงู†َ ุชَู‚ْุถِูŠ ุญَุฌَّุฉً ุฃَูˆْ ุญَุฌَّุฉً ู…َุนِูŠ

Maksudnya : Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai pahala mengerjakan haji bersamaku.

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-'Umrah, Bab 'Umrah fi Ramadhan)

Amalan-amalan lain yang tidak dinyatakan secara khusus bentuk gandaannya, tetap lebih baik dan digandakan apabila dilakukan dalam bulan Ramadhan, kerana besarnya fadilat bulan Ramadhan itu.

๐Ÿ”ด Adapun riwayat yang mengatakan amalan sunat dalam bulan Ramadhan secara umumnya digandakan menjadi pahala wajib adalah riwayat yang tidak sahih.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

DOA MEMOHON DIKEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

๐Ÿ”ด Soalan

Assalamualaikum Ustazah.

Mohon pencerahan tentang doa kehilangan barang ini. 

Sunday, May 20, 2018

PALSU : KISAH MIMPI GADIS BUKAN HADITH

๐Ÿ”ดSOALAN :

Assalamualaikum Ustazah,

Mohon pencerahan tentang kisah berikut. Adakah kisah ini daripada hadith yang sahih. Viral tanpa diketahui statusnya :

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons