Wednesday, June 10, 2026

SAYA DIKIRA SEBAGAI MUSAFIR ATAUPUN TIDAK?

SOALAN :


Saya bekerja di Kuala Lumpur manakala isteri masih bertugas di Kedah. Rutin kami bergilir sebagai musafir, namun saya yang lebih banyak ke Kedah, berbanding isteri ke Kuala Lumpur.


Selama ini saya menunaikan solat secara Jama’ dan Qasar apabila saya balik ke Kedah, sebab saya anggap saya bermukim di Kuala Lumpur, manakala isteri pula bermukim di Kedah buat sementara waktu ini. Begitu juga dengan isteri saya, dia akan melaksanakan solat secara Jama’ dan Qasar apabila ke rumah kami di Kuala Lumpur. Biasanya saya berada di Kedah hujung minggu selama 2 hari sahaja, demikian juga dengan isteri, dia akan berada selama 2 hari sahaja jika ke Kuala Lumpur. 


Mutakhir ini saya diberitahu jama’ solat tidak dibenarkan jika seorang suami pulang ke rumah isterinya. Menurut sumber tersebut, rumah yang didiami oleh ahli keluarga, lengkap dengan perabot dan kemudahan lain milik sendiri tidak dikira sebagai tempat musafir, tetapi dikira sebagai tempat menetap.



Tuesday, June 09, 2026

SEMBELIHAN NAZAR TIDAK BOLEH DISATUKAN DENGAN SEMBELIHAN AQIQAH

Assalamualaikum Ustazah.

Jika seseorang bernazar hendak sembelih lembu apabila mendapat pekerjaan yang dimohonnya, bolehkah lembu yang disembelih itu diniatkan sekali dengan aqiqah anak?

Waalaikumussalam.

Nazar dan aqiqah adalah dua perkara yang berbeza dan hukumnya juga berbeza.



Sunday, March 01, 2026

BACAAN JAHAR SOLAT BERJAMAAH - CATATAN (1) RAMADHAN 1447 H

 Assalamualaikum.


Para imam solat elok pelbagaikan bacaan dalam solat mereka, apatah lagi dalam bulan Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran. Lebihkan berbanding bulan-bulan lain.


Dalam banyak keadaan, makmum yang mengikut ada pelbagai latar belakang.


Ada yang hafal al-Quran, ada yang baru pandai Iqra’, ada yang baru menghafaz al-Fatihah, ada yang sudah hafaz 15 juzu’, ada yang sekadar menikmati irama dan ada yang faham makna, malah mengayati makna bacaan imam. Jika imam sendiri tidak menghayati bacaan, seolah-olah dirasakan akan kekurangannya.


Hikmah disyariatkan bacaan jahar pada solat tertentu, ialah : ketika itu makmum tidak terlalu sibuk dengan urusan harian,  lalu boleh memberi perhatian kepada bacaan imam, seolah2 bacaan imam adalah bacaan mereka sendiri. Bacaan jahar membolehkan makmum merenungi dan berfikir tentang mesej ayat-ayat itu, seperti mereka membacanya sendiri.


Hikmah ini dinyatakan dengan indah dalam kitab Badaa’i’  al-Sanaa’i’ di Tartib al-Syaraa’i’(‘Alau al-Din al-Kaasaani 587H).


Semoga ibadah dalam Ramadhan yang masih berbaki semakin berkualiti, menghasilkan pertambahan taqwa dihujung nanti.


# Puasa & Solat

# لعلكم تتقون

11 Ramadhan 1447 H

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons