🔴SOALAN :
Assalamualaikum Ustazah,
Mohon pencerahan tentang kisah berikut. Adakah kisah ini daripada hadith yang sahih. Viral tanpa diketahui statusnya :
Mimpi Seorang Gadis
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya. "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau ....”
🔴 JAWAPAN
Waalaikumussalam wrt. wbt.
- Ini antara persoalan yang selalu dikemukakan.
Waalaikumussalam wrt. wbt.
- Ini antara persoalan yang selalu dikemukakan.
- Tidak diketahui asal usul cerita ini. Ada beberapa tanda yang menunjukkan ini adalah kisah palsu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah suruhan 'berzikir dan menghadiahkan pahala' untuk ibunya.
- Terdapat satu lagi hadith yang jelas PALSU dalam tulisan tersebut, iaitu suruhan mengingatkan kisah tersebut kepada orang lain. Menyebar hadith palsu bukan mendapat pahala berganda, tetapi dosa berganda-ganda.
Syarat hendak menyebarkan sesuatu hadith ialah meastikan dahulu akan kesahihannya. Apabila kita kurang pasti, tidak tahu sama ada betul ataupun tidak, jangan sebarkan. Disiplin ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqaddimah kitab Sahihnya :
"من حدث عني بحديث يرى انه كذب فهو من الكاذبين."
"Sesiapa yang menyampaikan daripadaku hadith yang dirasakan seperti bohong, maka dia adalah salah seorang daripada pembohong."
Hadith ini mengajar kita bahawa sesuatu hadith hanya boleh disampaikan apabila kita benar-benar pasti. Jika seseorang itu ragu-ragu, sama ada sesuatu hadith itu betul ataupun tidak, namun dia sampaikan juga, dia termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi saw itu.
- Ada banyak hadith-hadith sahih yang menggalakkan agar bersedekah, hadith yang boleh dan perlu kita jadikan bahan tazkirah, namun bukan begini sifatnya.
Bagi mengenal sifat hadith-hadith yang sahih, selalulah mengikuti pengajian hadith sahih secara berkala dan berdisiplin, dengan silibus yang terpilih, dihuraikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai autoriti dan kredibiliti dalam menyampaikan ilmu yang sahih.
Bagi mengenal sifat hadith-hadith yang sahih, selalulah mengikuti pengajian hadith sahih secara berkala dan berdisiplin, dengan silibus yang terpilih, dihuraikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai autoriti dan kredibiliti dalam menyampaikan ilmu yang sahih.
والله أعلم
Isnin
6Ramadhan 1439H
Isnin
6Ramadhan 1439H
0 comments:
Post a Comment