Assalamualaikum.
✍๐ป Taqwa. Hasil akhir puasa ialah taqwa.
Bermakna, setiap langkah sepanjang kita berpuasa, kita berada dalam medan latihan memelihara diri daripada kemurkaan Allah.
Assalamualaikum.
✍๐ป Taqwa. Hasil akhir puasa ialah taqwa.
Bermakna, setiap langkah sepanjang kita berpuasa, kita berada dalam medan latihan memelihara diri daripada kemurkaan Allah.
๐ Ikhlas Memakmurkan Masjid
๐ด Masjidul Haram dan Masjid Nabawi hidup dengan meriah dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Setiap ruang masjid tetap menjadi rebutan umat Islam di seluruh dunia. Sesekali mendapat kurma, roti dan buah-buahan, itu adalah bonus rezeki daripada Allah, bukan menjadi tujuan kehadiran.
Nuzul al-Quran Pada Malam Qadar
๐ด Al-Quran Petunjuk
Al-Quran adalah kitab rujukan kita, kitab pegangan kita, kitab yang memberi peringatan kepada seluruh alam. Alangkah ruginya jika seseorang hanya membaca, tetapi tidak mengambil petunjuk daripadanya.
Al-Quran mengajar kita akidah, iaitu perkara-perkara ghaib yang wajib kita yakini dan perkara yang tidak boleh kita percayai.
Al-Quran mengajar kita syariah, iaitu perkara-perkara yang perlu kita buat dan perkara yang perlu kita tinggalkan dalam kehidupan.
Al-Quran mengajar kita akhlak yang baik dan melarang kita daripada akhlak yang buruk. Bagaimana akhlak dengan Allah dan rasul-Nya, bagaimana akhlak sesama insan dan bagaimana akhlak dengan alam.
Al-Quran, permulaannya diturunkan dalam bulan Ramadhan, menjadi petunjuk bagi orang yang hendak mencegah dirinya daripada kemurkaan Allah.
Berpegang kepada al-Quran dengan penjelasan oleh al-sunnah, dijamin baginda saw tidak akan tersesat, kerana al-Quran yang difahami dengan disiplin yang benar adalah pembeza antara perkara benar dengan perkara yang salah.
๐ด Nuzul al-Quran
Maksud Nuzul al-Quran ialah turunnya permulaan al-Quran, wahyu pertama.
Wahyu pertama sangat besar dan penting dalam agama Islam، sehingga turunnya wahyu pertama menggambarkan turunnya al-Quran keseluruhannya.
Nabi saw memberitahu kita bahawa wahyu mula diturunkan kepada baginda pada hari Isnin. Ini berdasarkan hadith ketika baginda ditanya tentang puasa hari Isnin. Jawab baginda saw :
ุฐَุงَู َْููู ٌ ُِููุฏْุชُ ِِููู، ََْูููู ٌ ุจُุนِุซْุชُ، ุฃَْู ุฃُْูุฒَِู ุนَََّูู ِِููู.
“Itulah hari saya dilahirkan, dan hari saya dilantik menjadi rasul, ataupun hari diturunkan wahyu kepada saya.”
Sahih Muslim.
Menurut kajian falak, tarikh wahyu pertama turun kepada Nabi Muhammad saw jatuh kepada 21 Ramadhan bersamaan dengan bulan Ogos tahun 610 Masihi. Maksudnya, malam qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan pada tahun turunnya awal Surah al-‘Alaq. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum).
Penemuan para ulama’ ini mengingatkan kita kepada ayat pertama surah al-Qadr yang selalu kita baca :
ุฅَِّูุง ุฃَูุฒََْููุงُู ِูู ََْูููุฉِ ุงَْููุฏْุฑِ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam qadr.”
Nabi Muhammad saw. menggesa umatnya supaya mencari malam qadar, malam mulia dan malam ketentuan itu pada 10 malam terakhir. Hadith-sahih menjelaskan bahawa malam qadar jatuh kepada mana-mana 10 malam terakhir Ramadhan pada setiap tahun, termasuklah tahun pertama wahyu diturunkan.
๐ด Malam Qadar Dan Komponennya
Malam qadar yang ditunggu-tunggu di 10 akhir Ramadhan rupanya berkait rapat dengan banyak perkara penting.
✍๐ปPertama : Nuzul al-Quran.
Malam qadr adalah malam turunnya al-Quran, turunnya permulaan al-Quran yang mulia.
✍๐ปKe-2 : Kemuliaan al-Quran.
Malam qadar mulia kerana al-Quran, kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda jelaskan maksud dan tuntutan al-Quran itu.
Maksimumkan penghayatan ayat al-Quran pada 10 malam terakhir, lebih-lebih lagi dalam solat.
Panjangkan qiyam dengan bacaan ayat al-Quran.
✍๐ปKe-3 : Ramadhan.
Malam kemuliaan itu berterusan pada tahun berikutnya, sehingga kita dituntut memburunya pada 10 malam terakhir setiap Ramadhan, bulan yang diwajibkan kepada kita berpuasa.
✍๐ปKe-4 : Tersembunyi.
Malam qadar itu tersembunyi, maka diperintahkan kepada kita untuk mencarinya dalam mana-mana 10 malam terakhir Ramadhan.
Hikmah tersembunyi itu 2. Pertama, pemburu akan menghidupkan kesemua malam. Kedua, tersaring pemburu yang benar-benar berminat untuk mendapatkannya.
✍๐ปKe-5 : Taqwa.
Malam qadar itu berkaitan dengan memelihara diri daripada kemurkaan Allah, baik pada siang mahupun malamnya.
Al-Quran yang (permulaannya) diturunkan pada malam qadar itu menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
ุฐََِٰูู ุงِْููุชَุงุจُ َูุง ุฑَْูุจَ ۛ ِِููู ۛ ُูุฏًู ِّْููู ُุชََِّููู (2)
Ketika al-Quran, wahyu pertama diturunkan pada malam qadar tahun 610 M, puasa belum lagi disyariatkan. Puasa dalam bulan Ramadhan disyariatkan kepada orang beriman pada tahun 2 H, iaitu 15 tahun selepas wahyu pertama diturunkan.
Perintah puasa diturunkan pada bulan Syaaban pada tahun 2 H, maka orang beriman boleh bersedia untuk berpuasa wajib sebulan Ramadhan pada tahun tersebut. . Perang Badar berlaku pada tahun yang sama, pada hari Jumaat, 17 Ramadhan.*
Puasa sebulan itu disyariatkan kepada kita dengan hikmah disebutkan dalam surah al-Baqarah :
َูุนََُّููู ْ ุชَุชََُّููู (183)
Malam qadar hanya ditemui dan dimanfaatkan oleh orang bertaqwa.
✍๐ปKe-6 : Masjid.
Malam qadar berkaitan dengan i’tikaf di masjid, rumah Allah. Disunatkan kepada umat Islam, baik lelaki mahupun wanita, i’tikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Bagi wanita, pilihlah masjid yang sesuai dan mesra wanita untuk i’tikaf di sana, dan peliharalah adab-adabnya.
Beruntungnya sahabat-sahabat kita yang berpeluang beri’tikaf di al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Nabawi pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Namun, tidak i’tikaf di masjid bukan bererti kita terlepas peluang beribadah pada malam qadar.
ููููุชุนุงูู : ( َูุงุชَُّููุง ุงََّููู ู َุง ุงุณْุชَุทَุนْุชُู ْ )
✍๐ปKe-7 : Maghfirah.
Malam qadar berkaitan dengan pengampunan dosa dan permohonan tulus agar diampunkan dosa. Sabda Nabi saw :
ู َْู َูุงู َ ََْูููุฉَ ุงَْููุฏْุฑِ ุฅِูู َุงًูุง َูุงุญْุชِุณَุงุจًุง ุบُِูุฑَ َُูู ู َุง ุชََูุฏَّู َ ู ِْู ุฐَْูุจِِู
ุฑูุงู ุงูุจุฎุงุฑู
Maksudnya :
“Sesiapa menghidupkan (berdiri untuk solat) pada malam qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala di sisi Allah, diampunkan dosanya yang telah lalu.”
Hadith direkodkan oleh Imam Bukhari.
Dalam hadith lain, ‘Aisyah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, “Wahai Rasulullah. Kalau saya tahu malam itu malam qadar, apakah yang patut saya mohon kepada Allah pada malam tersebut?’
Jawab baginda saw :
‘Berdoalah,
ุงَُّูููู َّ ุฅََِّูู ุนٌَُّูู ุชُุญِุจُّ ุงْูุนََْูู َูุงุนُْู ุนَِّูู
‘Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah daku.”
Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad.
{ ุดَْูุฑُ ุฑَู َุถَุงَู ุงูุฐู ุฃُْูุฒَِู ِِููู ุงููุฑุขู ُูุฏًู َِّّูููุงุณِ َูุจََِّููุงุชٍ ู َِّู ุงููุฏู ูุงููุฑูุงู }
✍๐ปKe-8 : Qiyamullail & Tahajjud.
Malam qadar berkaitan dengan :
a. Qiyamullail selepas menyempurnakan solat fardhu
b. Tahajjud, bangun pisahkan diri dari tempat tidur.
Berdiri awal malam, bangun akhir malam dan menghidupkan keduanya dengan menghayati dan memperbanyakkan solat sunat yang dalam hadith-hadith yang sahih, khususnya solat tarawih dan witir.
✍๐ป Ke-9 : Solat.
Malam qadar berkaitan dengan solat dengan makna dari sudut bahasa dan istilah.
Malam qadar adalah malam fokus untuk memperhambakan diri kepada Allah, merasai hubungan dengan Allah dan memanjatkan doa permohonan kita kepada Allah dengan penuh adab.
Malam qadar akan berlalu dengan hambar jika kita tidak merasakan kita memperhambakan diri kepada Allah semasa solat, tidak merasai hubungan dengan Allah dan tidak menghayati doa yang dilafazkan sebagai permohon tulus kita kepada Allah.
✍๐ป Ke-10 : Ahli Keluarga.
Malam qadar bukan diburu seorang, tetapi kelebihannya dicari bersama ahli keluarga.
Nabi Muhammad saw mengejutkan ahli keluarganya untuk bersama-sama beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
ุนَْู ุนَุงุฆِุดَุฉَ ุฑَุถَِู ุงَُّููู ุนََْููุง، َูุงَูุชْ: «َูุงَู ุงَّููุจُِّู ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ ุฅِุฐَุง ุฏَุฎََู ุงูุนَุดْุฑُ ุดَุฏَّ ู ِุฆْุฒَุฑَُู،َูุฃَุญَْูุง ََُْูููู، َูุฃََْููุธَ ุฃََُْููู».
Aisyah ra melaporkan, katanya, : “Nabi saw apabila tiba 10 malam terkakhir Ramadhan, baginda saw mengetatkan ikatan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya (untuk turut beribadah.)”
(Sahih al-Bukhari)
✍๐ป Ke-11 : Sejahtera & Berkat.
Malam qadar berkaitan dengan kesejahteraan dan keberkatan.
Malam qadar sejahtera sehingga terbit fajar.
ููููู: ( ุณَูุงู ٌ َِูู ุญَุชَّู ู َุทَْูุนِ ุงَْููุฌْุฑِ )
Malam qadar lebih baik daripada seribu bulan, menandakan Allah kurniakan keberkatan yang banyak pada yang sedikit, pada masa dan tempat yang telah ditentukanNya.
ุงูููู ุงุนูุง ุนูู ุฐูุฑู
ูุดูุฑู ูุญุณู ุนุจุงุฏุชู.
Siri 4 Puasa 1444H
21 Ramadhan
PQHDNH
NOTA TAMBAHAN :
* Solat 5 waktu disyariatkan pada malam mi’raj، tiada tarikh tepat dari sudut tahun dan bulan, namun lebih kurang setahun dua sebelum nabi saw hijrah ke Madinah pada tahun 13 kenabian.
✍๐ปa) Ramai ulama’ yang meneliti ilmu hadith mengatakan bahawa solat tasbih tidak disyariatkan kerana ia datang daripada hadith palsu dan daif. Ramai di kalangan mereka tidak masukkan solat tasbih sebagai solat nawafil dalam kitab mereka.
Kata Imam Nawawi, ‘Mengatakan solat tasbih itu sunat perlu dicermati semula, kerana hadithnya tidak sahih.’
Ibn al-Jawzi pula memasukkan hadith dalil solat Tasbih ke dalam kitab himpunan hadith-hadith palsu.
✍๐ปb) Malam yang dihidupkan menurut al-sunnah ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Adapun malam raya, buatlah persiapan untuk hari raya esoknya, cukup sekadar kita bangun bahagian 1/3 akhir malam untuk tahajjud seperti sebelum Ramadhan.
✍๐ปc) Ambil makanan dan minuman yang berkhasiat dan kurangkan kuantiti semasa berbuka untuk menjaga stamina dan kesihatan pada 10 terakhir yang istimewa.
✍๐ปd) TIPS bagi mereka yang ada kekangan syar’i untuk membanyakkan beribadah pada mana-mana 10 malam terakhir :
i) Sabar. Pada saat orang lain sabar melakukan ketaatan kepada Allah, mungkin kita berada dalam situasi sabar meninggalkan larangan Allah, ataupun sabar menerima ketentuan Allah.
ii) Kejar solat Isya’ dan solat Subuh secara berjemaah, sebaiknya di masjid.
iii) Kekalkan dan teruskan niat iaitu azam untuk melakukannya.
Ya Allah, jika tiada kekangan ini, saya pasti akan melakukannya.
Rutin yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan akan memelihara kita agar mendapat markah penuh apabila ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
Dua syarat mesti dipenuhi bagi mendapat markah penuh apabila tidak mampu melakukan ibadah kerana ada keuzuran :
1. Niat=azam untuk melakukan.
2. Ada rutin sebelumnya.
✍๐ปiv) Gantikan dengan amalan soleh lain yang boleh kita lakukan ketika berada dalam kekangan tersebut. Paling utama berdoa dengan lafaz : ุงَُّูููู َّ ุฅََِّูู ุนٌَُّูู ุชُุญِุจُّ ุงْูุนََْูู َูุงุนُْู ุนَِّูู
✍๐ปv) Zikir harian iaitu zikir pagi dan petang menurut al-Quran dan al-Sunnah banyak peranan emmbantu kita menghadapi malam 10 terakhir Ramadhan.
ุฃَู ْุณَْูููุง َูุฃَู ْุณูู ุงูู ُُููู ِููู ุฑَุจِّ ุงูุนูุงَูู ููู
ุงُّููููู َّ ุฅِِّููู ุฃุณْูุฃََُููู ุฎَْููุฑَ ููุฐِู ุงََّْูููููุฉ
َูุชْุญَููุง ، ََููุตْูุฑَููุง ، َููููุฑَููุง َูุจَูุฑََูุชَูููุง ، َُูููุฏุงููุง
َูุฃَุนููุฐُ ุจَِูู ู ِْูู ุดَูุฑِّ ู ุง ูููููุง َูุดَูุฑِّ ู ุง ุจَุนْูุฏَููุง
๐ด SOALAN
Assalamualaikum, ustazah
Erra hendak menunaikan umrah. Erra mengikuti satu pakej dan kami pergi ke Madinah terlebih dahulu.
Sampai di Madinah, Erra didatangi haid. Sehari selepas itu kami bertolak ke Makkah. Kumpulan dalam pakej kami itu dibawa dari Madinah dan sampai ke satu tempat, mereka turun solat sunat dan niat ihram umrah di situ.
Erra tidak turun dan tidak niat ihram kerana Erra didatangi haid.
Kemudian ada orang beritahu bahawa berdosa apabila tidak niat ihram dan wajib bayar dam.
Ada juga yang beritahu, doa orang yang haid terhijab, tidak terus naik kepada Allah.
Apakah yang perlu Erra lakukan?
๐ด Waalaikumussalam.
Kita simpulkan bahawa soalan Erra ialah :
✳️ Pertama : Orang haid boleh dan wajib niat ihram umrah.
Wanita haid yang mahu mengerjakan umrah boleh melakukan semua perkara rukun dan perkara wajib dalam ibadat umrah, melainkan tawaf.
Oleh yang demikian, puan wajib niat ihram umrah bersama mereka yang tidak haid apabila sampai di miqat yang ditentukan.
✳️ Kedua : Niat ihram umrah wajib dilakukan di miqat, iaitu sempadan tempat yang telah ditentukan bagi niat ihram haji ataupun umrah.
Ihram maksudnya niat permulaan hendak mengerjakan umrah ataupun haji.
Apabila puan sudah ihram, bermulalah larangan-larangan semasa mengerjakan umrah, sehinggalah puan bertahallul (keluar dari ihram) iaitu dengan bergunting ataupun bercukur.
Ihram umrah wajib dilakukan di miqat. Maksudnya, niat hendak mengerjakan umrah itu mesti dilakukan pada tempat yang telah ditentukan dalam hadith. Jika puan bertolak dari Madinah misalnya, miqat ataupun tempat puan niat ihram umrah itu adalah di Bir Ali/Zulhulaifah.
✳️ Ketiga : Jika tidak niat ihram di miqat sebab tidak tahu dan tidak sedar, ini tindakan yang perlu dilakukan, bergantung kepada keadaan puan :
๐ Jika puan tidak niat ihram umrah di miqat yang ditetapkan, sama ada kerana terlupa, tersilap, ataupun tidak tahu, maka puan boleh kembali semula ke tempat Miqat itu dan niat ihram di sana.
๐ Jika puan sudah niat ihram di tempat lain selepas melepasi miqat, contohnya puan niat ihram setelah sampai di Mekah, puan dikenakan dam (denda) mengorbankan seekor kambing, kerana puan meninggalkan perkara wajib haji, iaitu ihram di miqat. Puan tidak berdosa kerana puan tidak tahu, bukan sengaja. Namun puan tetap diwajibkan membayar dam/denda seperti di atas.
✳️ Keempat : Orang yang didatangi haid boleh niat ihram di miqat, dan boleh mengerjakan semua amalan rukun dan amalan wajib semasa umrah, melainkan tawaf.
✳️ Kelima : Doa orang haid dan nifas tidak terhijab.
Orang yang haid boleh mengerjakan semua amalan semasa haji dan umrah, kecuali tawaf.
Doa adalah ibadah, dan doa perlu diteruskan oleh wanita semasa haid dan nifas.
Banyakkanlah berdoa kepada Allah, Allah Maha Mendengar setiap doa dan keluhan kita. Walaupun wanita haid tidak boleh solat, mereka tetap boleh berdoa kepada Allah.
ูุงููู ุงูู ููู
Rabu
2/11/2022
7 Rabi’ al-Akhir 1443H
-
Habib, sayyid، mawla dan sebagainya adalah gelaran, yang belum tentu benarnya mereka itu keturunan nabi saw. Kita perlu semak banyak perkara sebelum membuat keputusan.
๐ด Soalan : Dalam hadith disebutkan bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w. hampir meninggal dunia, baginda berdoa dengan menyebut : ุงูููู ุงูุฑููู...