✍🏻 Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah. Ramai pelajar sangat mudah memahami perbezaan makna antara Rabb dan Ilaah, apabila mereka belajar Surah al-Nas, bertatih dari kalimah ke kalimah, dari ayat ke ayat.
Ramai yang dapat memahami Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa al-Sifat dengan baik. Mereka berdakwah pula kepada orang yang percaya Allah sebagai Rabb itu supaya mereka meninggalkan syirik dan masuk Islam!
✍🏻Akibat tidak memahami perbezaan makna antara Rabb dengan Ilaah dalam surah al-Nas, maka timbul salah faham.
Orang yang salah faham akan menyangka bahawa Tauhid Rububiyyah adalah satu konsep yang memasukkan orang kafir yang percaya kepada Rabb itu sebagai ahli tauhid yang sebenar, kerana pada fahamannya, makna Rabb dan Ilaah itu sama. Jika sudah jadi ahli tauhid rububiyyah, maka menurut kefahamannya, tentulah dikira Islam!
✍🏻 Padahal orang yang kenal perbezaan makna Rabb dan Ilaah mengatakan bahawa :
“Tidak cukup beriman kepada Allah sebagai Rabb sahaja, iaitu tidak cukup Tauhid Rububiyyah semata. Maknanya, ahli tauhid Rububiyyah masih belum dikira Islam selagi tidak menerima Allah sebagai Ilaah mereka!”
Ini menepati maksud firman Alah swt dalam al-Quran :
✍🏻 Umum mengetahui bahawa syahadah tidak boleh ditukar lafaz asalnya اله kepada رب kerana keduanya membawa makna dan amalan yang berbeza.
Al-Quran menggunakan perkataan yang berbeza untuk menunjukkan makna yang berbeza. Umpamanya, perkataan al-ruh tidak sama maknanya dengan al-nafs. Ramai yang keliru apabila menyamakan keduanya, sedangkan hadith penjelas al-Quran juga terang membezakannya. Oleh itu, jangan sesekali anda samakan makna kalimah Rabb dengan Ilaah, nanti anda kehilangan punca dalam banyak perkara.
✍🏻 Doa dan zikir Nabi Muhammad saw tiada galang gantinya.
Bersama beramal dengannya agar kita kenal kebenaran dan mengikutinya.
اللهم اهدنا وسددنا
Dr Nabilah Hasan. 5 Zulhijjah 1444H
0 comments:
Post a Comment