بسم الله الرحمن الرحيم
SOALAN :
Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram? Apakah fadilat kita membaca Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun?
JAWAPAN :
Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.
Hijrah Nabi saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala para sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum baginda.Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) .Bukan bulan Muharram.
Terdapat salah faham terbit daripada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..." Ramai yang menganggap 1 Muharram adalah titik permulaan Nabi saw berhijrah ke Madinah, walhal, hakikatnya bukan begitu.
Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, namun kebenaran bukan untuk terus disimpan.
Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah nabi saw. Pada tahun nabi berhijrah itu, nabi berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.
Tahun berlaku peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya itu dijadikan sebagai perkiraan tahun pertama bagi 'Tahun Hijrah' umat Islam. Tidak bermakna 1 Muharram tarikh mula hijrah baginda s.a.w.
DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.
Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat (cara) tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat 'yang antaranya menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggoda pembacanya pada tahun itu.'
Riwayat ini adalah RIWAYAT PALSU. Tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.
Tiada dalam kitab-kitab hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil (palsu).
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam syariat Islam.
Pengalaman kita merakamkan, ada di kalangan kita yang sampai menangis kesedihan apabila tidak sempat membaca doa awal tahun dan akhir tahun tersebut, kerana percaya syaitan bergembira dan akan berjaya menggodanya pada tahun itu!
Inilah antara kesan hadith palsu, menyebabkan kita tidak mendahulukan apa yang patut didahulukan, dan memandang kecil doa-doa daripada hadith-hadith sahih kerana menganggap 'ganjarannya tidak mengujakan.'
Faktor ini antara sebab mengapa kita sering mengemukakan doa daripada hadith-hadith yang sahih dan menerangkan falsafah di sebaliknya, supaya kita semua mencintai apa yang benar-benar datang daripada ajaran Nabi Muhammad saw, seterusnya meninggalkan amalan-amalan yang bersumberkan hadith palsu dan riwayat yang batil.

CATATAN AMALAN
Dakwaan yg mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith nabi saw.
Hadith-hadith yang sahih/thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada :
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang Nisfu Syaaban-)
Hadith-hadith sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عن أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ. "
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hambaKu itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang,Bab Fadilat Sembahyang Asar)✅
-Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
" تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Dibuka pintu-pintu syurga (setiap minggu) pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hambaNya tidak mensyirikkanNya (hambaNya yang beriman), kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) ✅
-Hadith Sahih.-
✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban.
(Bukan Nisfu Syaaban)
(Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟
قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yangg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.)✅
-Hadith Hasan-
BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.
Agak pelik apabila lafaz yang sama juga disebarkan untuk bulan-bulan lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu).
Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Berikut adalah doa yang boleh diamalkan. Doa ini adalah doa ketika melihat anak bulan pada setiap awal bulan.
“Allah Maha Besar. Ya Allah! Datangkanlah bulan sabit ini kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan reda. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”
Doa ini berasal daripada hadith riwayat Talhah bin Ubaidillah, yang menukilkan bahawa baginda saw selalu membaca doa ini apabila melihat anak bulan pada awal bulan.
[Jami' At-Tirmidzi, Kitab al-Da'awaat. Hadith hasan)
Doa ini tidak khusus untuk bulan Muharram sahaja, sebaliknya boleh dibaca setiapkali melihat anak bulan pada awal bulan kalendar Hijrah, sesuai dengan hadith ini.
INILAH DOA AWAL BULAN YANG THABIT DARIPADA NABI SAW
اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ
“Allah Maha Besar. Ya Allah! Datangkanlah bulan sabit ini kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan reda. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”
Doa ini berasal daripada hadith riwayat Talhah bin Ubaidillah, yang menukilkan bahawa baginda saw selalu membaca doa ini apabila melihat anak bulan pada awal bulan.
[Jami' At-Tirmidzi, Kitab al-Da'awaat. Hadith hasan)
Doa ini tidak khusus untuk bulan Muharram sahaja, sebaliknya boleh dibaca setiapkali melihat anak bulan pada awal bulan kalendar Hijrah, sesuai dengan hadith ini.
APAKAH AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN PADA HARI TERAKHIR HUJUNG TAHUN HIJRAH DAN HARI PERTAMA TAHUN BARU HIJRAH?
Berdasarkan al-sunnah :
A. Amalan bermula selepas solat Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah yang perlu dilakukan ialah zikir petang. (Rujuk zikir harian yang termaktub dalam hadith-hadith yang thabit.)
B. Amalan pada sebelah malamnya, apabila melihat anak bulan 1 Muharram tahun baru ialah Doa Melihat Anak Bulan pada awal bulan, seperti yang dinyatakan di atas -
اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ،
وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ
وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى
رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ
C. Amalan pada pagi 1 Muharram tahun baru, bermula selepas Subuh ialah zikir pagi. (Rujuk zikir harian yang termaktub dalam hadith-hadith yang thabit.)
KESIMPULAN :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka bersedia mengambil tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
Bersama kita menghayati doa-doa yang ma'thur, yang boleh kita amalkan sepanjang masa termasuk di hujung hari dan di awal hari, ataupun di awal tahun dan di hujung tahun.
Sebahagiannya ada dinyatakan fadilat secara langsung dan terang, dan sebahagiannya pula tidak dinyatakan. Doa-doa sahih ajaran Nabi Muhammad saw mengandungi hikmah yang tidak sama dengan doa lain. Doa titipan kekasih Allah, rasul terakhir, mengandungi falsafah yang tinggi tentang kehidupan sementara dan kehidupan kekal, merakamkan kehambaan seorang hamba dan keagungan Allah sebagai Rabb dan Ilaah. Antaranya doa dari Sahih Muslim :

والله اعلم
Tulisan ini mula ditulis pada 27 Dhulhijjah 1434H bersamaan dengan 1 November 2013. Mula 'diterbitkan' untuk bacaan pada jam 2.07 pada hari tersebut : Jumaat.
Ditambahbaik kali pertama oleh penulis asal pada 29 Dhulhijjah 1439H bersamaan dengan 10/9/2018, hari Isnin. Ditambah lagi penerangan berdasarkan perkembangan semasa, pada 26 Dhulhijjah 1445H, Rabu 3/7/2024.
Di atas penambahbaikan versi dan sebaran lain, diucapkan - جزاكم الله خيرا

27 Dhulhijjah 1434H
1 November 2013
2.07 petang