Wednesday, March 22, 2017

HIWAR

Assalamualaikum.

Semua ulama' dalam bidang ilmu akidah, fiqh dan menyucikan jiwa merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan disiplin ilmu yang benar untuk memastikan amalan itu diterima oleh Allah swt.

Dua syarat amalan diterima :
1. Ikhlas
2. Menepati sunnah dan syariat

Inilah hikmah yang terbesar mengapa Allah memerintahkan kita kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Hadith/Sunnah) dengan penuh amanah dan ilmiah.

Perlu diingatkan berhujah dengan al-Quran dan al-Hadith mesti ada disiplinnya.

Thursday, March 09, 2017

TAMBAHAN ZIKIR DALAM SOLAT DAN ADAKAH ZIKIR BOLEH MENYEBABKAN PANAS BADAN?


Assalamualaikum.

🔴 SOALAN 1 : 

Saturday, February 25, 2017

AMALAN SEBAIK TERINGAT KEPADA SI MATI

🔴Assalamualaikum, ustazah.


Apakah doa dan amalan yang paling sesuai diucap dan diamalkan apabila kita tiba-tiba teringat kepada seseorang yang sudah lama meninggal dunia.


🔴Waalaikumussalam, Nurul 'Aini.

🔸Pada awal kematian, keluarga si mati tentulah sudah menunaikan hutang si mati kepada Allah swt, seperti bayaran fidyah puasa yang tidak sempat dibayar semasa hidup, ataupun hutang si mati sesama kenalannya. Ringkasnya, apabila teringat kepada si mati yang sudah lama meninggal dunia, ada dua perkara yang boleh dilakukan iaitu :

Saturday, January 14, 2017

GANTUNG FOTO

📚Nota Kuliah
📚Jumaat 20/1/17

Soalan : Bolehkah saya menggantung gambar foto perkahwinan dan lain-lain kenangan dalam rumah?

Jawapan :

🔴1. Asalnya haram taswir secara umum semua makhluk bernyawa, sama ada taswir itu berbentuk (spt ukiran, patung dll) ataupun tidak berbentuk (gambar, lukisan dll).

Monday, December 05, 2016

QUNUT DI LUAR SOLAT?


🔴Soalan :

Assalamualaikum.

Ustazah, saya ingin bertanya tentang Qunut Nazilah. Bolehkah kita membacanya di luar solat?

🔴Jawapan :

Waalaikumussalam.

Apabila dibaca di luar solat, ia TIDAK lagi dinamakan Qunut Nazilah. Qunut  Nazilah disyariatkan dibaca dalam solat FARDHU.

Perbahasan tentang qunut ini agak panjang, namun kita cuba ringkaskan dengan menyentuh perkara asas.

Monday, November 21, 2016

WUDHU' ORANG ISTIHADAH (MUSTAHADAH)

Assalamualaikum.

Adakah orang daimul hadath boleh solat jama' Zuhur dan Asar dengan satu wudhu'?

Dari segi niat, adakah orang daimul hadath perlu niat untuk mengangkat hadath kecil, ataupun perlu niat berwudhu' untuk mengharuskan solat?

Mohon pencerahan.

Saturday, October 08, 2016

HUTANG SOLAT DHUHA?

Assalamualaikum.

Soalan :

Benarkah kita ada hutang solat Dhuha yang perlu dibayar? Saya acapkali meninggalkan solat Dhuha, adakah saya dikira berhutang dengan Allah swt?

Adakah saya dikira terlepas daripada hutang Dhuha dengan melakukan amar ma'ruf, iaitu dengan mengingatkan orang lain tentang hutang Solat Dhuha?

JAWAPAN :

Adalah sunat mengerjakan solat Dhuha, dan menggalakkan orang melakukannya termasuk dalam perkara الأمر بالمعروف. Amar ma'ruf pula dikira sebagai salah satu bentuk sedekah.

Namun, orang yang tidak menunaikan Solat Sunat Dhuha tidaklah dikira berhutang dengan Allah swt. 

Tuesday, September 06, 2016

BOLEHKAH MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?

BOLEHKAH MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?

Jawapan :

1. Asas dalam perkara ini ialah ibadat korban hukumnya sunat muakkad(ah) bagi orang masih hidup, bukan orang yang sudah meninggal dunia. 

2. Ada dua perkara yg berbeza dalam hal ini.

Tuesday, July 19, 2016

MENCARI KEBENARAN DALAM PERSELISIHAN

Ada beberapa syarat utama jikalau kita serius hendak membuat pencarian ilmu dan berbahas secara ilmiyyah dalam mencari kebenaran.

1. Syarat pertama, amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw :



Dibaca dan dipohon kepada ALLAH sebagai doa iftitah dalam rakaat pertama solat pembukaan qiyamullail.

Sunday, July 17, 2016

BAHAYA HADITH PALSU

KERTAS KERJA SEMINAR CELIK HADITH
27 MEI 2016

Berikut adalah Kertas Kerja - Bahaya Hadith Palsu Terhadap Akidah, Syariat Dan Akhlak yang telah dibentangkan pada 27 Mei 2016 yang lalu.

https://drive.google.com/file/d/0B4Y2iv5Egk1tdUR5bzV4WGRCTmc/view?usp=sharing

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons