Thursday, April 25, 2019

BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum.

Ada satu kes, seorang ibu mertua telah bersumpah dengan al-Quran untuk tidak mmbenarkan anak menantunya pulang menjejaki rumah. Dan si mertua akhirnya menyesal. Apakah kafarah yang dikenakan terhdap sumpah yang dibuat oleh ibu mertua tersebut.?

Mohon pencerahan.


๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“

Friday, March 01, 2019

BOLEHKAH BERMAIN CATUR

Assalamualaikum.

Mohon pandangan ustazah tentang permainan chess.

Saturday, February 16, 2019

Ustazah, Bumi Ini Bulat Ataupun Mendatar?

๐Ÿ”ด Kita beberapa kali menerima persoalan ini khususnya daripada mereka yang percaya bumi ini mendatar. Kita merasakan bahawa tidak perlu berbahas kerana mempelajari al-Quran dan al-Hadith secara berdisiplin itu lebih penting dan membuka ruang untuk kita memahami perkara ini dari perspektif al-Quran dan al-Hadith. 


Apabila ditanya berulangkali, maknanya mereka yang mengatakan bahawa bumi itu mendatar juga sebenarnya tidak begitu yakin dengan teori tersebut. 

Ini berbeza bagi mereka yang sentiasa mengikuti pengajian secara berkala dan berdisiplin serta memiliki teks rujukan pengajian. Hal ini jelas kerana ilmu wahyu sering membincangkan persoalan kejadian alam yang membuktikan kebesaran Allah. Kita akan menelusuri dari ayat ke ayat, dari hadith ke hadith, dan merasai kebesaran Allah serta kebenaran Nabi Muhammad saw.

Wednesday, January 16, 2019

Adakah Wanita Mendapat Pahala Berjemaah Apabila Ke Masjid?

๐Ÿ”ดAssalamualaikum.

Mohon pencerahan ustazah tentang kelebihan wanita ke masjid. Adakah wanita akan mendapat kelebihan seperti lelaki, ataupun kelebihannya tidak akan diperolehi oleh wanita, walaupun dia ke masjid?


๐Ÿ”ดWaalaikumussalam.

Wednesday, November 21, 2018

ูˆุฅู„ู‰ ุฑุจูƒ ูุงุฑุบุจ



Kalaulah bukan kerana tingginya cita-cita, alangkah sempitnya hidup ini.


Thursday, September 20, 2018

POLEMIK HARI 'ASYURA'

๐Ÿ”ดKita menerima banyak persoalan tentang hari ‘Asyura’, termasuk dikirimkan juga tulisan-tulisan daripada Syiah serta riwayat-riwayat palsu tentang amalan-amalan sempena hari ‘Asyura’.

Saturday, September 15, 2018

FIQH AL-WAQI’ (1)

Assalamualaikum.


๐Ÿ”ดFiqh al-Waqi’ sebenarnya tidak boleh difahami selagi mana kita tidak memahami fiqh-fiqh asas seperti Fiqh al-Ibadat, Fiqh Perbandingan, Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah dan juga Fiqh al-Awlawiyyat. 

Tidak mungkin seseorang boleh ‘membaca realiti’ masyarakat dengan perspektif yang baik dan benar, sedangkan dia belum memahami perkara yang asas. 


Friday, September 07, 2018

MENGHAYATI ERTI TAUHID ULUHIYYAH

⭕️Assalamualaikum ustazah dan sahabat semua. 

Saya ada soalan berkenaan Tauhid Uluhiyyah. 

Sebagai muslim kita wajib melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, barulah kita telah ada Tauhid Uluhiyyah, betul begitu, ustazah? 

Bagaimana jika kita melakukan perkara yang Allah larang? Adakah rosak iman kita ? 

Terima kasih.

Wednesday, August 29, 2018

KEPENTINGAN MENGHAYATI DOA AL-MA’THURAAT : PENGHULU ISTIGHFAR



๐Ÿ”ด1. Al-ma’thurat adalah zikir-zikir dan doa-doa, daripada al-Quran dan hadith nabi saw.

Tuesday, August 21, 2018

KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ‘ARAFAH

๐Ÿ”ดSOALAN 

Benarkah puasa Hari ‘Arafah boleh menghapuskan dosa selama 2 tahun? 

๐Ÿ”ดJAWAPAN RINGKAS 

๐Ÿ“ŒDimaklumi bahawa ada sedikit polemik di kalangan para ulama’ dalam membicarakan  hadith kelebihan puasa ‘Arafah.

๐Ÿ“ŒRingkasnya, langgam bahasa Nabi Muhammad saw dalam hadith kelebihan puasa Hari Arafah tidak sama dengan langgam bahasa baginda saw dalam  hadith kelebihan puasa Ramadhan.

Perhatikan nada pasti dalam hadith kelebihan puasa Ramadhan :

ู…ู† ุตุงู… ุฑู…ุถุงู† ุฅูŠู…ุงู†ุง ูˆุงุญุชุณุงุจุง ุบูุฑ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู… ู…ู† ุฐู†ุจู‡.

Makaudnya :
“Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”
(Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Sawm Ramadan Ihtisaban min al-Iman)

Manakala dalam hadith  tentang kelebihan puasa ‘Arafah, nada baginda saw berbeza apabila menyebut fadilatnya :

ุตูŠุงู…ُ ูŠูˆู…ِ ุนุฑูุฉَ ، ุฃَุญุชุณุจُ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ِ ุฃู† ูŠُูƒูِّุฑَ ุงู„ุณู†ุฉَ ุงู„ุชูŠ ู‚ุจู„َู‡  ูˆุงู„ุณู†ุฉَ ุงู„ุชูŠ ุจุนุฏู‡ 

Maksudnya :
'Puasa pada hari Arafah, aku harapkan agar Allah mengampunkan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.'
(Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Sunat Berpuasa 3 hari Dalam Sebulan, Puasa Hari Arafah, Hari 'Asyura dan Isnin dan Khamis)

Nada dalam hadith kelebihan puasa wajib bulan Ramadhan lebih tegas dan jitu berbanding nada dalam hadith kelebihan puasa sunat Hari ‘Arafah.

Dari sudut ketinggian nilai sahihnya juga tidak sama, walaupun keduanya sahih.

๐Ÿ“ŒApapun kelebihan yang terdapat dalam amalan sunat, ia tidak akan menandingi kelebihan amalan yang wajib. Dari sudut keutamaan ataupun awlawiyyat, mengerjakan yang wajib adalah lebih utama daripada yang sunat. Hal ini banyak disentuh oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Awlawiyyat.

Tidak ada erti membanyakkan amalan sunat dan dalam masa yang sama, meninggalkan yang wajib.  

Kita kembali kepada prinsip asal dalam agama, iaitu amalan sunat itu fungsinya ialah menampung kekurangan dalam amalan wajib. 

Memperbanyakkan amalan sunat dikasihi Allah swt.

๐Ÿ“ŒImam Nawawi mengatakan bahawa hadith kelebihan puasa Arafah iaitu dihapuskan dosa dua tahun (tahun sebelum dan tahun selepas) itu ada 2 kemungkinan maksud :

1. Allah ampunkan dosa-dosa kecilnya dalam tempoh tersebut.

(Jika melakukan dosa besar, tidak memadai dengan puasa Hari ‘Arafah. Dosa besar perlu kepada taubat dan istighfar secara khusus.)

2. Allah memeliharanya (daripada melakukan dosa besar) selama tempoh tersebut.

๐Ÿ“ŒPuasa ‘Arafah hanya disunatkan kepada orang yang tidak mengerjakan haji. 

Sementelah kita berada dalam keadaan tenang, tidak susah, dan berkemampuan untuk berpuasa, alangkah baiknya kita mengambil peluang yang dikurniakan Allah swt ini.

Puasa adalah amalan yang tidak menuntut kita melakukan apa-apa. Puasa menuntut kita supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkannya, ataupun mengurangkan pahalanya.Tiada wang perlu dikeluarkan, tiada juga peluh perlu dititikkan.

Amalan yang mudah, dalam waktu yang disukai Allah, sangat digalakkan kita tunaikan puasa sunat Hari ‘Arafah.

Amalan soleh di sisi Allah, dengan cara yang diajarkan oleh Utusan Allah, mudah-mudahan menjadi sebab kepada kita mudah mendapat keampunan dan rahmatNya, sehingga tahun akan datang.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons