Wednesday, December 27, 2023

KAYA JIWA

 Kekayaan sebenar ialah kaya jiwa.


Jarang orang mengaku kaya, kerana hampir semua orang selalu merasakan tidak cukup meskipun serba ada. 


Namun sesiapa yang merasakan pernah menjadi kaya, ataupun dekat dengan orang kaya, ataupun pernah bergaul dengan orang besar kaya-kaya, pasti akan tahu besarnya nilai kaya jiwa.

Adakalanya kaya dan  berkecukupan fizikal semata menyebabkan seseorang semakin melupakan nikmat yang ada di sekelilingnya. Apa yang ada di tangan dan dihadapan mata dilupakan begitu sahaja, apa yang ada jauh di hadapan itu pula yang dikejar sekuatnya.


Seperti nikmat sihat, ia umpama mahkota di atas kepala orang sihat, hanya dapat dilihat oleh orang sakit. Demikianlah nikmat lain, hanya dilihat jelas oleh orang yang tidak memilikinya. 


Kekayaan jiwalah yang menyuluh nikmat yang sedang diperolehi, menyebabkan seseorang itu bersyukur. Kemudian Allah tambahkan lagi dengan nikmat lanjutan , seterusnya menjadi bekal dalam kubur yang sempit، dan bekal selepas hidup kembali.


Nabi Muhammad saw mengajarkan kita satu doa yang sangat berharga :


‎اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى


Ya Allah. Saya mohon kepadaMu hidayah petunjuk, taqwa, terpelihara diri daripada dosa, dan kaya jiwa.


Semoga kita semua memiliki jiwa yang kaya, kerana ia tidak bergantung kepada ukuran milikan dan kepunyaan yang kita ada.


لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ


اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك


DNH

26 Disember 2023

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons