Sunday, July 23, 2023

BOLEH SEDEKAH HARTA BAGI PIHAK SI MATI DALAM BENTUK JAMUAN DAN SEDEKAH KEPADA AHLI KELUARGA YANG MISKIN

 🔴 SOALAN 

Mohon pandangan bagi situasi berikut :


i. Seorang ibu selepas kematian suaminya selalu memasak kuih, kemudiannya sedekahkan kuih muih itu kepada ahli jemaah suaru dan masjid berdekatan. Apabila disuarakan oleh anak-anak, mengapa hendak menyusahkan diri melakukan perkara itu, si ibu menjawab : “Ibu BUKAN buat majlis tahlil. Ibu sekadar buat kuih kerana hendak sedekahkan bagi pihak ayah kamu. Ramai orang beri duit kepada ibu dan ibu mahu niatkan pahala sedekah untuk ayah.” 

ii. Seorang ibu yang selalu sedekahkan makanan untuk surau dan masjid، sedangkan dia mempunyai anak-anak yang miskin dan ada di kalangan mereka yang tiada pendapatan tetap. 


🔴 JAWAPAN

i. Pasangan yang bahagia tentu sahaja akan terkesan dengan pemergian pasangannya. Jasa dan kenangan manis bersama pasangan tentu akan menyebabkan seseorang berasa ingin berbuat baik kepada pasangan, meskipun sudah lama meninggaal dunia. 

Islam agama yang diturunkan oleh Allah, Tuhan sekaliaan alam, Tuhan yang mencipta manusia dan Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam jiwa hambaNya. Maka syariatNya menganjurkan kepada kita supaya melakukan kebaikan kepada si mati dengan panduaan yaang telah ditunjukkan oleh utusanNya memalui al-sunnah.

Maklum bahawa hadith-hadith yang sahih menganjurkan doa dan sedekah untuk si mati. Sedekah untuk al-marhum boleh dilakukan dengan banyak cara, termasuklah memberi makan kepada orang ramai. Musim pandemik Covid 19 dahulu kita anjurkan juga agar sedekahkan makanan kepada frontliners. 

Cara ini berbeza dengan majlis tahlil yang jelas menyalahi al-sunnah kerana mempunyai kaifiyyaat (cara) khusus, dengan bacaan tertentu, majlis tertentu, malah masa tertentu, sehingga ramai yang menganggapnya sebagai suatu kewajipan dan dipandang serong jika tidak melakukannya. Padahal amalan sedemikian tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan generasi terbaik selepasnya. 


ii. حسن السؤال نصف العلم

Dari sudut psikologi, si ibu mahu memberikan sedekah kepada orang yang dipercayai, yang diharapkan akan turut mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk al-marhum. Masjid dan surau adalah rumah Allah, si ibu mengharapkan agar sedekah itu sampai dan dinikmati oleh orang yang baik-baik yang mema’murkannya. Usaha dan keringat yaang dia curahkan untuk membuaat kuih-muih itu sangat diharapkan agar diterima Allah sebagai amalan soleh dan sampai pula kepada al-marhum suaminya.

Si ibu rupa-rupanya ada ahli keluarga yang memerlukan bantuan. Sedekah untuk ahli keluarga yang miskin tentulah lebih utama, berdasarkan apa yang Nabi Muhammad saw sebutkan kepada Abu Talhah dalam Sahih Bukhari, dan juga hadith :


الصدقةُ على المسكينِ صدقةٌ وعلى ذي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صدقةٌ وصِلَةٌ

Maksudnya : “Sedekah kepada orang miskin (yang bukan ahli keluarga) dapat pahala sedekah, manakala sedekah kepada (orang miskin) yang ada hubungan kekeluargaan dapat 2 pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung tali persaudaraan.”

الصدقةُ على المسكينِ صدقةٌ وعلى ذي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صدقةٌ وصِلَةٌ


Maksudnya : “Sedekah kepada orang miskin (yang bukan ahli keluarga) dapat pahala sedekah, manakala sedekah kepada (orang miskin) yang ada hubungan kekeluargaan dapat 2 pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung tali persaudaraan.”


Jami’ al-Tirmidhi. Hadith hasan.


Bagi situasi ini, elok nasihatkan ibu  tentang 2 perkara iaitu :


a.  Boleh sedekah untuk ahli keluarga yang miskin (boleh niatkan untuk al-marhum).


b. Berdoa keampunan dan rahmat Allah untuk al-marhum lebih afdal berbanding sedekah harta baginya, walaupun kedua-duanya disyariatkan.



والله الموفق


Jumaat 

3 Muharram 1445 H





0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons