Friday, April 08, 2022

MEMBACA DAN TADABBUR AL-QURAN DENGAN DISIPLIN YANG BETUL

 Assalamualaikum.

Bolehkah saya  dapatkan pencerahan ustazah tentang ayat ini dan fadilat yg diberitahu dalam audio?



Fadhilat  yang dikatakan ialah sekiranya berlaku kesilapan dalam bacaan al-quran, maka bacaan yang silap itu akan diperbetulkan oleh malaikat. Hanya bacaan yang betul sahaja di hantar kepada Allah.


JAWAPAN


ูˆุนู„ูŠูƒู… ุงู„ุณู„ุงู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡


๐Ÿ”ดALLAH MEMELIHARA AL-QURAN DARIPADA KESILAPAN


Ayat 9 Surah al-Hijr ini menegaskan bahawa Allah s.w.t.  yang menurunkan al-Quran dan Allah-lah yang memelihara al-Quran itu daripada sebarang kesilapan. 


Oleh itu, al-Quran tidak boleh diubah, ditambah ataupun dikurangkan oleh sesiapa, sampai bila-bila. Malah Allah s.w.t. juga memelihara penjelas kepada al-Quran itu iaitu al-Hadith. Cara Allah memelihara al-Quran ialah secara langsung, manakala cara Allah memelihara al-hadith sebagai penjelasnya adalah secara tidak langsung, iaitu dengan cara memelihara disiplin ilmu al-Hadith itu. Mana-mana surah palsu ataupun hadith palsu pasti akan dapat dikesan oleh umat dan para ilmuan islam yang mengkhusus dalam bidangnya serta amanah dalam keilmuan mereka.


Jika ada kesalahan berlaku, yang salah itu bukanlah al-Quran dan bukan juga al-Hadith sebagai penjelas kepada al-Quran, tetapi yang silap itu ialah antaranya :


a. tidak mempelajari al-Quran dengan disiplin yang betul, 

b. membaca memahami al-Quran dengan mengikut hawa nafsu،

c. salah faham ayat al-Quran, 

d. salah guna ayat al-Quran (seperti mempergunakan ayat 191 Surah Ali Imran untuk membenarkan perbuatan menari sambil berzikir)

e.  menggunakan hadith palsu untuk memahami al-Quran, 

f. enggan menggunakan al-Hadith sebagai penjelas kepada al-Quran 

g. tidak tahu kaedah yang betul untuk memahami ayat al-Quran. 

h. tidak berniat ikhlas semasa membaca al-Quran

i. tidak memohon perlindungan Allah daripada syaitan semasa hendak membaca dan mentadabbur al-Quran


๐Ÿ”ด DAKWAAN DALAM AUDIO ADALAH SALAH FAHAM AYAT DAN TIADA SUMBER HADITH


Berdasarkan penjelasan di atas, ayat 9 Surah al-Hijr BUKAN berfungsi memelihara bacaan salah si pembaca al-Quran, sebagaimana didakwa dalam video. Tidak juga dijumpai sebarang riwayat ataupun hadith yang thabit tentang perkara yang disebutkan dalam audio.


 Malahan didapati bahawa kenyataan yang disebut dalam audio tersebut bertentangan dengan hadith sahih. Daripada hadith sahih tersebut dapat kita fahami dengan jelas bahawa orang yang gagap dan bersusah payah membaca al-Quran kerana sedang belajar, mendapat dua pahala, manakala orang yang bagus bacaan dan penghayatannya dapat bersama dengan malaikat yang mulia. Matan dan terjemahan hadith tersebut akan disebutkan di hujung tulisan ini nanti.


 Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan tentang perkara ghaib seperti pahala sekian, dosa sekian, apa yang dilakukan oleh malaikat, hendaklah berasaskan dalil yang jelas. Tidak ada sumber yang berautoriti bagi menjelaskan perkara ini melainkan sumber wahyu. Bermakna, kita mesti melihat dalil al-Quran dan hadith Nabi Muhammad saw kerana hadith adalah penjelas al-Quran. Hadith yang dijadikan dalil itu pula hendaklah hadith yang thabit. 


๐Ÿ”ด TINGGALKAN SARANAN AUDIO, INGAT PERKARA INI APABILA KITA MEMBACA AL-QURAN 


 Memadailah kita dengan beberapa perkara ini :


A. Memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan setiapkali mahu membaca al-Quran. Inilah yang dianjurkan dalam ayat 98 Surah al-Nahl.


B. Jangan sengaja membaca al-Quran dengan kesilapan, kerana ia adalah suatu dosa, malah mengundang gangguan dan tipudaya syaitan.


C. Menyedari bahawa tersilap dalam membaca al-Quran, seperti makhraj huruf, mad, dengung dan sebagainya kerana masih dalam proses pembelajaran adalah suatu bentuk kesilapan yang dimaafkan, selagi mana kita memang berniat untuk memperbaiki kesilapan kita. 


D. Berdoa sentiasa agar ditunjukkan jalan yang lurus dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Petunjuk dan ilmu yang bermanfaat sangat tinggi nilainya sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita berdoa meminta keduanya daripada Allah s.w.t.



E. Berusaha tadabbur makna al-Quran dengan betul dan mempraktikkannya dengan disiplin yang betul. 


Ada banyak hadith palsu yang menyebabkan seseorang itu lari daripada intipati sebenar yang sepatutnya dihayati dalam sesuatu ayat ataupun surah.


Ada pula orang yang enggan menerima hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang sahih dalam usaha memahami al-Quran, padahal baginda s.a.w. ditugaskan untuk menerangkan makna al-Quran, sama ada dengan perkataan, perbuatan ataupun pengakuan baginda. Keengganannya menerima hadith mengingkari tuntutan al-Quran sendiri, antaranya  ayat 2 Surah al-Jumu’ah :



F. Meningkatkan kualiti bacaan dan tadabbur al-Quran dengan disiplin yang betul, selari dengan hadith Nabi Muhammad saw :




ูˆุงู„ู„ู‡ ุงู„ู…ูˆูู‚


Dr. Nabilah Hasan

Jumaat

6 Ramadhan 1443 H

8 April 2022


Wednesday, February 23, 2022

TERPERANGKAP

 Assalamualaikum.


Menerangkan konsep tazkiyah al-nafs itu berbeza dengan tasawwuf sudah memadai untuk selamatkan ummat daripada segala bentuk penyelewengan dalam tasawwuf. 


Juga memadai untuk meletakkan zikir ajaran Nabi Muhammad saw sebagai juara dalam amalan harian, berbanding zikir rekaan tiada asal. 


Mengapa masih mahu jalan yang jauh berliku, penuh onak, sedangkan ada jalan yang lurus, cepat sampai dan terang?


Ada banyak keadaan, kita terperangkap dengan istilah-istilah yang samar dan sukar, sedangkan istilah yang jelas dan mudah kita tinggalkan atas pelbagai alasan.  


ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ูˆุณุฏุฏู†ุง

Wednesday, February 09, 2022

Assalamualaikum.

Adakah benar waktu solat berkait dengan aura warna seperti yang tular?


Jawapan Ringkas :


Perkara pokok dalam isu ini ialah SUMBER AGAMA.


Sumber agama Islam ialah wahyu. Ajaran wahyu terpelihara  dalam al-Quran dan al-Hadith yang thabit. Agama menjadi kacau bilau apabila amalan dan huraian agama diambil daripada sumber yang salah, ataupun dengan cara yang salah.


Inilah sebab mengapa syaitan gemar menjelma dalam bentuk mimpi ataupun secara jaga - ‘yaqazah’, lalu mendakwa dirinya sebagai nabi ataupun tokoh penting. Tujuannya ialah mengaburi dan menyaingi ajaran wahyu, dan mencipta sangkaan bahawa kononnya ada jalan ‘wahyu’ lain selain al-Quran dan al-Hadith yang menjadi suluhan hidup muslim.


Chakra memang dimaklumi datang daripada kepercayaan Hindu, sama seperti fahaman Wahdatul Wujud. Tidak boleh mengambil kepalsuan terma dalam agama Hindu sebagai penerangan bagi sesuatu ajaran dalam agama Islam.


Aliran yang menerima kepercayaan dan amalan tiada asal seperti wahdatul wujud, yaqazah, menghadiahkan al-Fatihah kepada Rasulullah, selawat rekaan dengan dakwaan pelbagai khasiat dan konsep martabat 7, didapati sangat mudah menerima idea-idea seperti aura, reiki, kuasa tenaga dalaman ajaran agama lain, dan didapati sukar pula kembali kepada ajaran al-sunnah. 


Syariatullah dan sunnatullah tidak bercanggah. Apa yang menyaingi syariat tidak menepati sunnatullah. Dakwaan palsu yang menyalahi sunnatullah tidak akan selari dengan syariat Allah. 


https://drive.google.com/file/d/1Dwl0wUunyYS3bA9Mq1bObjnXTFdS9QJB/view?usp=sharing


ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ูˆุณุฏุฏู†ุง

Dr. Nabilah Hasan  

7 Rajab 1443H


Saturday, November 20, 2021

TUDUHAN TERHADAP ZIKIR AJARAN NABI MUHAMMAD SAW DALAM HADITH SAHIH

Menjawab satu tulisan yang mendakwa zikir ajaran Nabi Muhammad saw itu berat dan tidak sesuai untuk kita yang bukan nabi !

Assalamualaikum.

 Usahlah terpengaruh dengan kenyataan dan dakwaan yang sudah diterbalikkan, demi hendak melariskan zikir rekaan.

Jahatnya manusia sehingga sanggup menutup kebaikan ajaran Nabi Muhammad saw demi untuk menjual barangan sendiri.

Monday, November 01, 2021

‘Blackish Discharge’ Semasa Rawatan Endometriosis

๐Ÿ”ด Soalan :

I m now under treatment for my endometriosis tht I m suffering. Doctor gave me lucrin for 6 months to stop my period.

So I m not supposed to get my period for 6 months. But through tht I did experience some sort of blackish discharged. I could still perform solat kan ustazah?


๐Ÿ”ด Jawapan :

  • Rawatan mungkin mengambil masa untuk hentikan darah haid. Perlu dapatkan nasihat doktor, jika darah itu memang datang dari kitaran biasa yang masih berbaki, maka ia adalah haid.
  • Pendarahan yang dialami oleh mereka yang mengalami Endometriosis boleh datang dari 2 sumber, iaitu darah dari kitaran haid biasa dan darah dari Endometriosis. Jadi seeloknya sahkan dengan doktor darah yang keluar itu.
  • Pada pandangan ustazah, darah kehitaman yang keluar itu dikira sebagai darah haid apabila :
    a. Lucrin yang diambil itu belum bertindakbalas sepenuhnya, iaitu masih berlaku haid berbaki sebelum berhenti sepenuhnya.

    b. Darah kehitaman itu keluar pada masa ataupun tarikh biasa kedatangan haid, jika puan sebelum ini pernah ada tarikh kebiasaan yang tetap didatangi haid.

  • Jikalau darah itu bersifat darah luka, bukan bersifat darah haid yang dikenali, maka ia tentulah bukan darah haid, tetapi darah istihadah yang membolehkan kita terus menunaikan solat dan puasa.
  • Darah yang keluar disebabkan endometriosis menurut ilmu perubatan berwarna merah jambu, kecoklatan dan juga hitam.
Kesimpulan Ringkas :

 1. Jikalau Lucrin yang diambil itu belum bertindakbalas sepenuhnya, mungkin boleh berlaku haid berbaki sebelum berhenti sepenuhnya.

Maka discharge, cairan ataupun darah hitam itu dikira haid jika ia bertepatan dengan tarikh rutin haid yang biasa.

2. Jikalau Lucrin sudah bertindakbalas sepenuhnya, kitaran haid memang sudah terhenti, dan darah yang keluar itu adalah darah endometriosis, maka yang hitam puan lihat itu adalah istihadah, kerana darah yang keluar disebabkan endometriosis menurut ilmu perubatan boleh berwarna merah jambu, kecoklatan dan juga hitam.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Thursday, August 19, 2021

CATATAN 10 MUHARRAM 1443H

Assalaamualaikum.

๐Ÿ”ด Antara kluster yang banyak muncul di Terengganu sebelum ini ialah kluster majlis tahlil kematian. Kluster yang dilaporkan bolehlah kita membilangnya, yang tidak dilaporkan malah disembunyikan tidaklah kita ketahui berapa jumlahnya.

Saturday, July 24, 2021

CATATAN : RIYAD AL-SALIHIN, BAB IKHLAS, HADITH 2


RIYAD AL-SALIHIN - BAB IKHLAS - HADITH 2


 Sedikit perkongsian dan kesimpulan hari ini. Dikongsikan juga slides yang di’skip’ kerana faktor masa yang terhad.


MUQADDIMAH


  1. Kita bersama pagi ini untuk memenuhi tuntutan ukhuwwah Islamiyyah. Semakin berusia semakin kita mencari erti di sebalik tindakan, pilihan dan keputusan yang kita buat, maka cara terbaik ialah mencari erti dalam ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Monday, July 19, 2021

Adakah haram memasak daging korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin?

 Assalamualaikum Ustazah,


Benarkah daging korban haram dimasak untuk diagihkan sebagai hadiah dan sedekah kepada fakir miskin?


Jawapan Ringkas :


Para ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini.

Namun tiada dalil yang jelas menyatakan begitu.


Sedekah daging korban itu boleh diberikan dalam bentuk daging mentah ataupun yang telah dimasak. Pastikan sekurang-kurang 1/3 diperolehi oleh faqir miskin.


Daging korban lebih afdal dibahagikan dalam bentuk daging mentah. Namun tiada masalah jika ada keperluan mendesak untuk membahagikan daging korban itu dalam bentuk yang telah dimasak.


Daging aqiqah lebih afdal dibahagikan dalalm bentuk yang telah dimasak. Namun tiada masalah jika ada keperluan membahagikan untuk daging aqiqah dalam bentuk mentah.


ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Isnin

9 Zulhijjah 1442H

19 Julai 2021

Tuesday, July 06, 2021

Monday, June 21, 2021

SALAH FAHAM DAN SALAH GUNA ‘SANAD’

 Assalamualaikum.

๐Ÿ“Œ Didapati berlaku banyak salah faham dalam pengajian yang dinamakan sebagai pengajian bersanad. Pernah ditemui pengajian bersanad yang menggunakan kitab jawi yang terdapat banyak hadith palsu di dalamnya.

๐Ÿ“Œ Ada juga yang memalsukan ‘sanad’ untuk meramaikan pengikut ajaran dan fahaman tertentu. Sangat malang apabila para pengikut menyangka ‘sanad’ yang palsu itu sampai kepada Nabi Muhammad saw.

๐Ÿ“Œ Malah lebih jauh dari itu, sanad pernah ditawarkan secara online oleh guru yang dikatakan memiliki sanad dan dikatakan menghafaz ribuan hadith! 

Malangnya didapati banyak hadith-hadith palsu disebarkan malah diamalkan, menandakan terlalu banyak perkara yang perlu disemak dalam dakwaan-dakwaan tersebut.

๐Ÿ“ŒSanad  tujuannya ialah memelihara ketulinan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Apabila sanad disalah guna dan disalah fahami, maka tujuan ini tidak terpelihara lagi.

๐Ÿ“Œ Hadith Nabi Muhammad saw termasuk hadith dalam Sahih Bukhari hendaklah dipelajari dengan guru yang benar-benar menjaga sunnah Nabi Muhammad saw secara amanah dan berdisiplin. Jika tidak, ada banyak penyelewengan dalam agama boleh berlaku semasa menghuraikan hadith yang sahih.

Zikir-zikir daripada hadith Nabi Muhammad saw yang sahih misalnya didiamkan, dibawa pula zikir-zikir yang tiada asal.

Sama seperti ayat-ayat al-Quran, perlu dipelajari dengan guru yang betul dan disiplin yang betul. Berapa ramai yang salah guna ayat al-Quran sehingga sanggup menyokong amalan zikir menari yang tiada asalnya dalam ajaran Islam.

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ุง ู†ุณุฃู„ูƒ ุนู„ู…ุง ู†ุงูุนุง 

Dr Nabilah Hasan
21/6/21
Isnin
10 Zulqa’dah 2021

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons