Tuesday, August 21, 2018

WAKTU PUASA DAN DOA HARI ARAFAH DI MALAYSIA

๐Ÿ”ดSOALAN 

Mohon pencerahan Ustazah.

Sebagaimana yang kita tahu, doa pada hari ‘Arafah adalah doa mustajab.

Adakah kita di Malaysia dituntut untuk berdoa pada masa para hujjaj (orang-orang yang menunaikan haji) sedang wuquf di ‘Arafah? 

Ataupun kita berdoa pada hari ‘Arafah mengikut kalendar kita?

๐Ÿ”ดJAWAPAN RINGKAS

๐Ÿ“ŒSebenarnya ada 2 ibadah khusus pada hari Arafah, yang secara umumnya diperuntukkan kepada 2 golongan yang berbeza iaitu :
1. BERDOA bagi orang yang mengerjakan haji semasa wuquf di Arafah.
2. BERPUASA bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

Puasa hari Arafah disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji sahaja. Bagi orang yang mengerjakan haji, hari itu mereka melakukan ibadah besar yang menjadi rukun utama ibadah haji, iaitu Wuquf di Arafah. 

Satu-satunya ibadah khusus semasa wuquf di Arafah ialah BERDOA sepanjang wuquf tersebut.

๐Ÿ“ŒInilah sebabnya mengapa para ulama’ berbeza pandangan sama ada kelebihan berdoa pada Hari Arafah itu khusus bagi mereka yang menunaikan haji sahaja ataupun umum untuk semua.

Di kalangan mereka ada yang mengatakan bahawa yang rajih, yang lebih tepat ialah umum untuk semua.

Mereka yang wuquf di Arafah dan juga mereka yang berada di negara masing-masing mendapat kelebihan mustajab doa pada Hari ‘Arafah, sama ada kerana kelebihan pada hari Arafah, ataupun kerana doa orang berpuasa itu mustajab.

๐Ÿ“ŒUlama’ juga menerima perbezaan masa sesuatu tempat sebagai sebab kepada perbezaan tibanya Hari ‘Arafah, ataupun Hari Raya ‘Id al-Adha.

Masa kita berbeza dengan Mekah, lewat 5 jam daripada masa di Mekah. Maka waktu Subuh kita misalnya, tentulah lebih lewat daripada Mekah. Ini bermakna tidak mungkin kita boleh mulakan hari sama dengan Mekah, dan menyebabkan hari Arafah kita lebih lewat. 

Oleh yang demikian, masa afdal untuk kita berpuasa hari Arafah dan berdoa pada Hari ‘Arafah ialah mengikut tempat dan masa kita di Malaysia. 

Samalah seperti waktu solat dan waktu-waktu lain mustajab doa yang tidak sama waktu kita dengan mereka. Contohnya waktu 1/3 akhir malam mereka berbeza dengan waktu 1/3 akhir malam kita. Oleh kerana itu, waktu tahajjud kita adalah mengikut waktu kita, bukan waktu di Mekah.

Tidaklah pula menjadi kesalahan jika kita mahu membanyakkan doa pada hari Arafah di Makkah, kerana doa secara umumnya tidak terikat dengan waktu seperti puasa. Cuma, jangan sampai memberat-beratkan cara yang tidak pun disyariatkan dalam agama, sedangkan cara yang disyariatkan tidak pula diambil berat.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ูˆุณุฏุฏู†ุง

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Sunday, August 19, 2018

PUASA ISNIN DAN HARI ‘ARAFAH

Assalamualaikum, Ustazah.

Apakah status hadith kelebihan Puasa Hari Tarwiyah yang dikatakan dapat menghapuskan dosa setahun?

Jika hari Tarwiyah jatuh hari Isnin dan hari ‘Arafah jatuh hari Selasa, adakah kita perlu niat puasa Hari Tarwiyah untuk puasa hari Isnin tersebut dan niat puasa Hari ‘Arafah untuk hari berikutnya?
 (Selasa)?

Waalaikumussalam.

Jawapan Ringkas :

1. Banyak tulisan tentang kelebihan puasa 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah bercampur-campur dengan hadith palsu dan rekaan fadilat.

2. Tidak ada puasa sunat sempena hari Tarwiyah secara khusus. Yang ada hanya puasa sunat hari ‘Arafah.

3. Niat puasa pada hari Isnin sebelum Hari ‘Arafah itu ialah puasa sunat hari Isnin, BUKAN puasa sunat hari Tarwiyah.

4. Niat puasa keesokannya barulah puasa sunat Hari Arafah.

5. Apabila kita berpuasa sunat hari Isnin dan puasa sunat Hari ‘Arafah, diharapkan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat banyak pahala kerana membanyakkan ibadat dalam 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah, termasuk mendapat kelebihan puasa Hari Arafah secara khusus.

6. Adapun kelebihan puasa ‘Hari Tarwiyah’ itu jangan sekali-kali disebarkan kerana ia berasal daripada hadith PALSU.



7. Oleh kerana itu, dalam kitab-kitab fiqh mu’tabar, tidak disebutkan sunat puasa hari Tarwiyah, tetapi yang disebutkan hanya puasa sunat Hari ‘Arafah bersama fadilatnya.

Selamat Berpuasa Sunat Hari Isnin (esok) dan Hari ‘Arafah (lusa).

Ustazah Nabilah.
ูˆุงู„ู„ู‡ ุงู„ู…ูˆูู‚

MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA KEBURUKAN PERBUATAN DIRI SENDIRI

๐Ÿ”ด Keburukan (ุดุฑ)  boleh terhasil akibat daripada kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan. 

Boleh jadi juga terhasil akibat daripada kita tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan.


Sebagai contoh, keburukan boleh terhasil akibat kita tidak meletakkan sesuatu perkara pada konteks yang betul.

Wednesday, August 15, 2018

ISLAM DALAM BIASAN POLITIK


๐Ÿ”ด Islam,  wajah asalnya  jernih dan indah. Allah swt memelihara dua sumber agama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, supaya kita sentiasa dapat melihat dan menghayati wajah asal agama yang kita cintai.

Thursday, August 09, 2018

SUSUKAN BAYI

๐Ÿ“ŒSOALAN

Assalamualaikum Ustazah.

Adakah benar hadith ini :



๐Ÿ“ŒJAWAPAN RINGKAS

Saturday, August 04, 2018

SEGERAKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

๐Ÿ”ดSoalan 

Assalamulaikum Ustazah. 

Apakah dalil daripada nas al-Quran dan al-Hadith yang menunjukkan bahawa perlu disegerakan pembahagian harta pusaka. 

Semoga Allah mempermudahkan urusan kami bagi menguruskan pembahagian pusaka nanti.

Segala kerjasama ustazah saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

๐Ÿ”ดJawapan Ringkas

Waalaikumussalam wrt wbt.

Saturday, July 14, 2018

TITIPAN DOA : WUQUF DI ‘ARAFAH

๐Ÿ”ดSoalan 

Assalamualaikum, ustazah.

Mohon dijelaskan doa yang patut dimohon semasa di Arafah.

๐Ÿ”ดJawapan Ringkas

Waalaikumussalam.

๐Ÿ”น Mengerjakan haji adalah rukun Islam kelima, kewajipan yang mesti ditunaikan apabila mencukupi syarat dan kemampuan. Ibadah haji mempunyai banyak kelebihan dan falsafah di sebaliknya, dan setiap satunya mesti ditunaikan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. 

Friday, July 13, 2018

APAKAH STATUS HADITH MAYAT BERTUKAR KHINZIR?

๐Ÿ”ดSOALAN 

Assalamualaikum. 


Mohon penjelasan ustazah, adakah hadith kisah mayat bertukar menjadi babi kerana meninggalkan solat itu hadith yang sahih?

Terima kasih.

Thursday, July 12, 2018

CATATAN PENGALAMAN : MAJLIS ILMU


๐Ÿ”ด Majlis ilmu biasanya kurang diminati, sekiranya tidak disampaikan oleh selebriti, ataupun jika tidak ada isu-isu sensasi, seperti isu perbalahan politik. 

Majlis ilmu juga seringkali disaingi oleh majlis dan acara lain di sana sini. Dirasakan kurang penting kerana ramai yang mendakwa bahawa ‘maklumat’ dan 'rakaman' boleh didapati di mana-mana sahaja!

Sunday, July 01, 2018

SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT DAN CARA MENUNAIKANNYA

๐Ÿ”ด SOALAN : 

BAGAIMANAKAH CARANYA KITA HENDAK SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT?

๐Ÿ”ดJAWAPAN :

A. Solat Rawฤtib Muakkadah

๐Ÿ”ธSolat sunat sebelum dan selepas solat fardhu dinamakan sebagai solat sunat rawฤtib. Solat sunat rawฤtib ada yang muakkadah, dan ada yang ghayr muakkadah.  

Sunat muakkadah bermakna Nabi Muhammad saw selalu melaziminya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons