Thursday, March 27, 2025

TAHAJJUD DI RUMAH ATAUPUN DI MASJID?

Soalan :

Assalamualaikum.

Masjid mengadakan program qiyamullail dan tahajjud. Saya serba salah, mana yang lebih afdal. Solat di rumah ataupun di masjid?

Jawapan Ringkas :


Bergantung kepada tempat, kefahaman dan kekhusyukan dalam solat.


1.

Di tempat seperti Masjidil Haram ataupun Masjid Nabawi, tentulah lebih baik qiyam di masjid, kerana tempat yang jauh lebih baik, penghayatan ibadah cara Nabi Muhammad saw serta bacaan di sana berganda lebih baik.


2. 

Di tempat kita, berjemaah di masjid lebih baik bagi orang baru belajar tahajjud, ataupun dia rasa lebih khusyu’ kerana ada bimbingan. Dan apabila dia rasa selamat daripada riya’.


3. 

Kalau kebetulan beriktikaf di masjid sempena 10 terakhir, boleh ikut berjemaah jika merasakan lebih khusyu’ dan jika solat yang dilaksanakan itu memang solat sunat yang disyariatkan.


Yang diwajibkan solat berjemaah ialah solat fardhu.


4

Bagi orang yang biasa tahajjud, lebih rasa khusyu’ dan tenang solat sendirian, maka lebih AFDAL di rumah, kerana solat sunat asalnya tidak disunatkan berjamaah melainkan solat tarawih.


5. 

Tentang perbezaan qiyamullail dan tahajjud, telah pun kita bincangkan sebelum ini.



والله الموفق

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons