Tuesday, June 20, 2017

AYAM JALLALAH DAN HUKUMNYA

Soalan :

Ayam A dipatuk ayam B. Ayam A cedera dan berdarah lalu ayam-ayam lain mengerumuni dan mematuk ayam A sampai mati, dan habis organ dalaman dimakan oleh ayam-ayam itu.

Bolehkah kita makan ayam-ayam yang makan daging ayam A itu?

Jawapan :

๐Ÿ”ธBinatang yang makan kotoran dinamakan sebagai al-Jallalah

Al-Jallalah ialah binatang yang makan makanan yang kotor, sama ada unta, lembu, kambing, itik, ayam dan lain-lain binatang yang dijadikan makanan oleh manusia.

Hukumnya haram ataupun makruh dimakan (sebahagian ulama' mengatakan haram, sebahagian mengatakan makruh), berdasarkan hadith, antaranya :

 ( ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู†َู‡َู‰ ุนَู† ุงู„ู…ุฌุซู…ุฉ ูˆู„َุจَู†ِ ุงู„ْุฌَู„َّุงู„َุฉِ ) 

Susan Al-Tirmidhi, Kitab Makanan.

( ู†َู‡َู‰ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุนَู†ْ ุฃَูƒْู„ِ ุงู„ْุฌَู„َّุงู„َุฉِ ، ูˆَุฃَู„ْุจَุงู†ِู‡َุง )

Susan al-Tirmidhi, Kitab Makanan.

๐Ÿ”ธJika haiwan itu memang dipelihara dan diberi makan bijirin contohnya, cuma sekali sekala makanannya bercampur dengan kotoran, ia tidak dinamakan sebagai jallalah, maka hukumnya tidak haram.

๐Ÿ”ธJika haiwan itu memang makan kotoran, dan sampai berubah bau haiwan itu, daging, susu ataupun telurnya, maka ia adalah jallalah, haram dagingnya, haram susunya, haram juga telurnya.

๐Ÿ”ธHaiwan al-Jallalah ini boleh menjadi halal apabila mereka ditahan dan diberi makanan yang baik-baik dalam tempoh yang tertentu, sehingga pulih keadaan mereka, iaitu hilang bau busuk (tanda kotornya jallalah).

Tempoh pemulihan dengan beri makanan yang baik-baik ini bergantung kepada adat kebiasaan 'pulihnya' haiwan itu. Ada ulama' yang mengatakan bahawa tempoh 'pemulihan' bagi unta dan lembu selama 40 hari, manakala bagi ayam ialah selama 3 hari.

Menjawab pertanyaan, jika ayam tersebut selalu mematuk ayam lain, dan tuan ayam ingin makan ayam tersebut, bolehlah melakukan  pemulihan bagi ayam-ayam tersebut dengan memberi makanan yang baik-baik sahaja kepada mereka, sekurang-kurangnya 3 hari, sebelum disembelih.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…
Bacaan ringkas lanjut :

https://islamqa.info/ar/149059
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=214492

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons